Tuesday, January 25, 2011

bukan cita-cita aku.



anak sakit. anak masuk wad bukan cita-cita aku.






pegi klinik. pegi hospital dalam 1 malam pun bukan cita-cita aku.






duduk kat emergency room dari pukul 12 tengah malam sampai ke pukul 530 pagi juga bukan cita-cita aku.






takde sapa weeehh nak cita-cita macam tu.






takde sapa pun yang aku bagitau pasal adam masuk wad. ada. orang tertentu. tak semua. sebab aku taknak nanti orang dok sebok-sebok tanya aku wad berapa, katil berapa. bunyi macam nak datang kan? tapi nanti sampai ke sudah, bayang-bayang pun tak nampak.






tido lepas sedut nebulizer yang kedua. sedut nebulizer setiap 6 jam.









walaupun tangan adam kena cucuk, masih boleh berguling-guling. adam aktif.




a few hours lepas doktor pakar kata "okeh.. he's can discharge today'' yeaaayy!






orang sebelah katil adam, anak dia pun kena sama macam adam. batuk. jangkitan kuman kat paru-paru. adam x-ray memang nampak paru-paru dia ada lendir. setiap 6 jam adam kena sedut gas.






aku? kadang-kadang nampak kuat. kadang-kadang tu terus rapuh. berderai.






doakan anak aku sihat. terima kasih.



Saturday, January 22, 2011

ada can sikit nak update.


setiap hari. tak kira masa pergi atau balik kerja. aku suka perhatikan gelagat orang lain. yang naik motor. yang pandu kereta. yang kayuh basikal pun ada.

macam-macam gaya. macam-macam kerenah.

dan gaya yang paling aku suka perhatikan, pejalan kaki. suka sangat melintas jalan, kemudian berhenti di tengah-tengah jalan. atas divider. aku selalu bayangkan, macam mana agaknya KALAU dia tergelincir, kemudian ketika tu, tak kira lah kereta ke, motor ke, bas ke, lori ke, van ke, tengah lalu. dan LAJU. macam mana?

huiishh.. siapa? budak-budak sekolah. dan pelajar universiti.

budak-budak sekolah tu MUNGKIN tak fikir. tengah seronok nak main-main- dia tolak dia. dia tolak dia.

yang budak U tu pulak, takkan masih tak boleh fikir jugak kan? time nak melintas jalan tu lah sibuk tangan sebelah lagi pegang handphone. sms atau bercakap.

kenderaan setiap pagi dan petang kebanyakkan laju.. pagi - nak cepat-cepat sampai ofis. kejar punch card. taknak merah.

petang - nak cepat-cepat sampai rumah. dah lama sangat duduk kat pejabat. :-)

aku yang tengok rasa ngeri. dia yang melintas gaya gitu tak rasa apa-apa ke?


ehh.. rumah baru aku dah ada ''jiran'' yang sudi singgah lah. terima kasih. rumah buruk je. rumah orang lain dah jadi banglo. jiran-jiran diorang pun jiran yang glamour.


Tuesday, January 18, 2011

kita mulakan hidup yang baru!

ok. cukup 237 entry-entry dekat ''rumah'' yang lama, aku save-as-draft kan. sudah. penat.

sekarang aku buat ''rumah'' baru. mari aku mulakan entry terbaru di hari ke-17 tahun 2011.

tahun 2011 yang bakal membuatkan umur bertambah. dari 26 menjadi 27.

actually aku takde plan pun nak buat ''rumah'' baru. just nak clearkan ''rumah'' lama je. tapi oleh kerana jenuh segala macam mak nenek aku nak bersihkan, aku amik saranan sorang cik kak ni. peribadikan rumah lama dan buat rumah baru guna alamat rumah yang lama.

oowhh yerrr... aku terperasan follower aku dekat ''rumah'' yang lama dah kurang sorang. takpe. *senyum* aku tau siapa yang dah remove aku. *senyum lagi* kalau ramai-ramai follower pun aku segan jugak. entry aku tak sebagus macam yang lain. entry aku entry sampah. entry aku entry budak-budak. tak sama tarafnya dengan yang lain.


*lama aku berhenti. sebok cari cat ''rumah'' baru aku ni*

terang sikit mata bila tengok ''rumah'' dah bersih macam ni.


okeh.. mari bercerita pasal anak.

bila ada anak.. semuanya, segalanya untuk anak. sanggup berlapar, tahan perot tidak makan. pernah. semua untuk anak. yang penting, segala keperluan untuk anak lengkap. cukup. bila lihat anak tersenyum, ketawa. segalanya terbayar.

anak sakit? susah hati. tidur pun tak lena. kejap-kejap buka mata untuk pastikan anak tidur dengan nyenyak. dan bila anak kembali tersenyum riang, ketawa mengekek.. rasa susah hati terbang jauh.

senang dan lapang hati tengok anak tersenyum begini. adam zikri.

pernah dan selalu terfikir, kenapa aku perlu bayar orang lain untuk jaga anak aku? kenapa bukan aku saja yang jaga? lihat dia membesar depan mata, menjadi orang pertama melihat dia meniarap, merangkak, berjalan.. dan menjadi orang pertama mendengar dia bercakap!

Allah jadikan sesuatu perkara itu bersebab kan?

masih berjauhan dengan suami. sampai bila agaknya ya sayang? *masih mampu tersenyum*

sejak menjadi ibu, tabiat menelek atau membeli baju-baju sendiri sudah terbang hilang entah kemana. tapi bertukar menjadi tukang rajin survey-survey dimana boleh beli susu dan pampers anak dengan harga yang murah. malah sanggup beralih dari satu shopping complex ke satu shopping complex yang lain. pampers di sana. susu di sini.

tapi masih gilakan tudung.. hahaha.

tertanya-tanya dalam hati.. berapa ramai yang akan baca entry sampah aku kali ni. dan berapa ramai yang akan komen entry sampah ni.

senyum.

tak perlu kata apa-apa.