Thursday, March 31, 2011

AKU SEORANG YANG CACAT

isu breastfeed ni memang tak sudah2 lagi ye?

pagi ni bila aku korek sana.. korek sini. terjengah pulak kat rumah dia ni.



suka-suka hati kau je nak panggil ibu-ibu yang takde susu ni cacat. kau siapa nak tentukan orang tu cacat atau tidak? kau sedar tak nikmat susu ibu yang kau dok perah-perah tu, bila-bila masa saja Allah boleh tarik balik? kau sedar atau tidak yang sebenarnya Allah tengah menguji kau atas nikmat yang Dia berikan? kau sedar atau tidak yang Allah nak uji sama ada kau bongkak atau takbur dengan kelebihan yang kau ada?

kau sedar atau tidak yang sebenarnya kau dah gagal dalam ujian yang Allah beri tu?

kau sedar atau tidak?

kau pernah dengar rezeki masing-masing atau bahagian masing-masing? itu rezeki kau. itu bahagian kau. kau pernah tau atau tidak ibu-ibu yang tidak mampu nak BF kan anaknya, rasa cemburu dengan kelebihan yang kau ada?

pernah atau tidak kau tahu yang breast aku sampai melecet? melecet. pedih. dan sakit. sebab aku perah guna tangan. pernah kau tahu? pernah kau tahu bagaimana aku menangis tahan sakit untuk keluarkan susu demi mengenyangkan anak aku?

pernah kau tahu yang aku cemburu dengan rakan sekerja yang hari-hari sibuk pump susunya? pernah kau tahu aku mengadap rakan sekerja pump susu dia sebab terlalu kagum? tapi bukan rezeki aku. faham? bukan rezeki aku.

aku bukan seorang ibu yang sanggup tengok dan dengar anak aku menangis kelaparan.. sedangkan susu badan langsung tidak ada. dan masih berkeras untuk tidak bagi anak aku susu FM. oouuhh.. jangan bagi susu FM. jangan. jangan. nanti anak macam lembu. kan?

kau ingat aku suka menghabiskan beratus-ratus duit setiap bulan untuk beli susu FM?

TAPI.. kita berbalik pada REZEKI. bukan rezeki aku untuk terus BF anak aku.

kau faham ape maksud rezeki?

''SALAHKAH SAYA MEMBERI NASIHAT KEPADA IBU2 YANG INGIN MENAMBAHKAN SUSU BADAN?''

kau bertanyakan soalan ini.. aku ada jawapannya. TIDAK. tidak ada salahnya. yang salahnya cara kau menasihati ibu-ibu tersebut. kau ibu kepada 10 orang anak yang kesemuanya BF ke sampai kau mahu melabel ibu-ibu yang tiada susu itu cacat?

kau sedar atau tidak yang kau baru 4 bulan sahaja BF kan anak kau? sedar atau tidak? apa perasaan kau kalau esok pagi kau bangun, nak BF kan anak kau, TAPI tiada setitik pun yang keluar. macam mana? kau pun cacat juga ke? cacat lah kan. sebab ayat kau ''IBU-IBU YANG TIADA SUSU ADALAH CACAT''.


''ADAKAH PERLU SAYA MEMBUANG SEMUA SUSU BADAN SAYA UNTUK MEMUASKAN HATI ANDA?''
- sesungguhnya aku kematian kata-kata dengan ayat kau ni.

''ADAKAH SAYA PERLU BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA TARIK NIKMAT MENYUSUKAN ANAK WALAUPUN DALAM BOTOL DEMI MEMUASKAN HATI ANDA?''
- ini yang perlu kau takut sekali. kerana apa? kerana kau terlalu bongkak dengan kelebihan yang Allah berikan kepada kau. tak perlu kau berdoa, Allah sendiri bila-bila masa saja boleh tarik balik. sebab? kau takbur. kau bongkak. kau berlagak dengan kelebihan kau.

pernah kau tahu sepanjang tempoh 2 bulan berpantang aku tiada gaji? pernah kau tahu bagaimana usaha aku untuk menambahkan susu badan bagi mengurangkan beban suami? pernah kau tahu aku telan lobak putih yang pahit tu? pernah kau tahu aku minum bergelen-gelen air masak? pernah kau tahu aku rebus longan kering? pernah kau tahu aku minum milo bertin-tin?

Allah dah tentukan kelebihan aku untuk BF kan anak aku selama 2 bulan saja. bukan rezeki aku.

bukan rezeki aku.
bukan rezeki aku.
bukan rezeki aku.

faham?

bukan rezeki aku.

Tuesday, March 22, 2011

aku ni hidup menumpang je..!

okeh.. mari menaip laju-laju.


aku pantang.. pantang.. sangat-sangat pantang bila ade je orang dok perlekehkan kami-kami yang dah kawin ni dan masih duduk menumpang di rumah emak. katanya senang hidup kami.

ehh.. cik kak. tak semestinya hidup kami senang dan lenang sampaikan boleh duduk goyang kaki tak payah buat apa-apa. ingat kami tak payah keluar duit ke?

pada aku istilah duduk...errm,lebih senang aku guna perkataan menumpang je lah. menumpang dekat rumah emak sekadar TUMPANG TIDUR SAHAJA. sebab benda-benda yang lain aku masih dan tetap buat sendiri. basuh baju sendiri. semua barang-barang aku beli sendiri. aku bukan bodoh nak menghambakan emak aku untuk buat semua kerja tu.

pasal makan. emak aku bekerja. segala lauk-lauk adalah dibeli. memang rumah aku jarang sangat-sangat masak. bila tiba hujung minggu kan banyak kenduri kawen. maka. tidak masak juga.

jangan sesekali kamu nak judge kami yang masih menumpang rumah mak bapak ni sebagai ambil kesempatan.

semalam banyak sangat benda aku nak tarbiahkan.. tapi bila dah sampai masa nak menaip ni semua ayat-ayat dah hanyut ke laut. gggrrrrr...!

aku kat melaka. incek suami kat batu pahat. consider lah sikit kot ya pun kalau nak suruh aku dok sendiri. aku rasa kau tu pun, kalau laki kau dok jauh, belum tentu kau nak dok kat umah sendiri. sorang-sorang. kan?


kau ingat aku lepas tangan semua hal ke bila menumpang kat rumah emak ni? makanan anak aku, aku masak sendiri. baju anak, baju aku, even baju incek suami yang balik semingu sekali tu pun aku basuh sendiri.

setahu aku, kau pun jarang jugak masak kat rumah. asik tanya kat pasar malam tempat aku ape yang best.

gggrrr...ggrrrr.. kan aku dah membebel panjang.

segala mandi anak, susu anak, bagi makan anak, tukar pampers anak.. semua aku buat sendiri. aku ulang lagi sekali. aku buat sendiri. even adik aku tengah memain dengan adam pun aku rasa bersalah. rasa macam aku ni tak mampu sangat nak layan anak sampaikan adik aku pulak yang kena layan dia. bodoh tak aku rasa sampai camtu sekali?? sebab apa aku rasa macam tu? sebab aku taknak nanti orang kata aku amik kesempatan pulak suruh adik layan anak aku. patut tak aku rasa camtu?

aku memang yakin sangat semua.. SEMUA ibu-ibu memang akan rasa penat buat kerja rumah. kerja rumah yang memang takkan abis.

sedangkan akak sayang aku ni yang memang fully housewife pun stress dan memerlukan ''me'' time, inikan pulak kita-kita yang bekerja dari jam 8 sampai jam 5 petang tak penat? semua orang penat. tapi boleh tak kau jangan nak perlekehkan kami yang MENUMPANG di rumah emak?

Friday, March 18, 2011

kakak sulung kena buliiii...!

eh.. ehh.. banyak pulak bahan untuk aku up entry ya?

kedudukan sebagai kakak sulung bukanlah satu tiket untuk tidak dibuli adik-adik ya.. lagi diorang seronok sakan buli akak dia ni haaa ade lah.


bukti? ni haaa.. mau tengok dengan lebih terang, pakai kanta. takde kanta? klik lah disitewww.




kejadian berlaku akibat daripada aku lupa nak logout fb kat laptop.. kemudian terus masuk bilik. kemudian terus tidooooo. aku sedar kes ni pun pukul 330 pagi. bangun nak pegi toilet. keluar bilik je tengok adik bongsu aku tengah online.

bila masuk bilik, aku amik can online ikot celah henfon kejap. gila mata dah berat pun gigih nak online jugak kan? nampak sangat ketagih internet.

tengok-tengok ade notification. ade fren comment status. aku bluurr.. bluurr.. aku ni asik blurr je kan? aku macam.. bila masa aku ade post status? oouuhh.. maybe status yang lama agaknya. baik aku kan? pk positip je.

bila baca je status aku tuuuuuuuuu.. terbeliak-besar-jegil-jegil-mata-aku-bukak-tutup-bukak-tutup baca status tu. takpe. takpe. sambung tido dulu. besok bangun pagi boleh buat amukkan.

lepas mandi je aku bantai libas adik aku dengan baju.. dia bantai gelakkan kuat-kuat je.


sabar..


sabar..


sabar.


sila amik sebagai pengajaran ya wahai cik kak, cik abang semua. kalau korang pulak jadi mangsa, jangan salahkan aku. kehkehkeh.


notakepaksiparipari : baju adam yang ghaib tu masih belum dijumpai. ade sape-sape bomoh yang baca blog aku ni?

Thursday, March 17, 2011

aku diselubungi misteri baju adam..

misteri..!

misteri..!

setiap malam aku akan siap-siapkan bekal baju adam untuk kat umah babysitter esok. dulu-dulu aku bekalkan 2 helai baju siang, sehelai baju tido. kenapa 2 helai baju siang? yelah.. mana lah tau kot-kot adam muntah abes kena baju ke.. terr-yak pun kena baju ke. so kira ade spare lah kan.

tapi sekarang dah jadi 1 baju siang..1 baju tido. hakhakhak. dah dari dulu masa aku bekalkan 2 helai memang BS aku tak guna. so 1 je lah.

petang semalam macam biasa amik adam.. sampai-sampai je kat umah BS, makcik tu tanya aku kenapa tak bekalkan baju bahasan which means baju siang lah kan. aku blurr.. blurrr.. blurr.

ade lah makcik.. baju lubang-lubang warna biru. BS tu sungguh-sungguh kata takde. woooaaahhh.. kepelikkan disitu. sampai je uamh aku korek-korek balik almari adam, kot mana tau sebenarnya aku tak amik baju tu.

takde!

okeh.. pegi kat hall. mana tau terrr-selit kat kerusi ke. (oh..! tidak logik)

pun takde!

okeh.. fine. sekarang korang kabor le kat aku ni haaa. mana pegi baju anak aku weehh?

ade satu lagi tempat aku korek. mesin basuh. kot-kot mata aku yang silap tu baju bekal kelmarin ke kan.

pun takde jugak weehhh...!!

haaaiiyaaahhh.. aku jadi sangat musykil ni. hati rasa buk bak buk bak. kemana kah? ke mana kah?



cerita lain..

adik laki aku yang no.3 tu.. -sila refer entry bawah ni kalau nak tengok muka dia yang perasan ensem tu cerita kat aku yang dia kena hempap masa tido malam semalam. halaaaaaa... ala-ala seram lah ni. siap dia kata sebelum kena hempap tu dia terdengar bunyi macam orang bernafas kat sebelah dia. gilak..! hampir sejam jugak dia kena hempap. bila dah lega tak kena hempap tu, adik aku boleh bangun dan on henfon sebab nak record. lagi sekali kau gilak..!

dia cuba nak tengok camne dan ape rupa masa dia kena hempap.. gilak lagi. dia tunggu setengah jam. pastu tengok henfon balik. takde pape. kalau aku lah kan.. kirimmmmm salaaaammm lah kan aku nak rekod bagai. berani pulak kau.


nanti.. bila aku dah dapat tau kat mana baju adam menyorok, aku bagitau korang. sementara belum tau lagi ni, korang main lah teka-teka kat mana baju adam tu sebenanrnya. haaiishh.. runsing aku.

Thursday, March 10, 2011

tarikh yang cung..!

petang tadi bapak saya sebok uruskan hal-hal pencen beliau.. dan bila disemak-semak kembali tarikh mak bapak saya nikah adalah pada 28 april..

pak seman dan mak ros. bapak saya memang pesen gitu gaya amik gambornya.


dan tarikh itu adalah tarikh lahir adik saya yang no.2..! wuhuuoo..



kendian.. tarikh lahir bapak saya adalah pada 9 september 1953.


dan pada tarikh 9 september 1984, saya dilahirkan!

tuan tanah kedaung yang sangat cun lagi jelita..



adik no.3 saya lahir pada 3 ogos 1989..
hanif osman. 22 tahun. bujang. abang library.



dan adam lahir 2 ogos 2010!

anak bujang saya tido dalam keter. dah betulkan posisi dah. gitu gaya dia tido balik.


phhheeewww...!!
best tak best lah kan tarikh-tarikh tu semua..

Tuesday, March 8, 2011

apa jadah tajuk ntah taktau nak letak..

wuuhuuuuu..berjenuh aku nak dapat turn untuk update blog. Kena rebut sungguh-sungguh. Rebut dengan emak yang mahu baca forum.. Kena rebut dengan adik yang mahu main counter strike. Rebut dengan adam yang mahu tarik henfon. Phewwwww..!

Ini pun lintas langsung dari atas katil..hero kecik sudah tido. Update ikot celah henfon. Ntah ape rupa. Nasib lah ye labu?

Ehh.. Saya ade perkataan baru!

Poyo-grapher :
maksudnya - seorang-mamat-yang-dok-gantung-camera-kat-leher-kejap2-ketik-tak-tentu-hala-pastu-buat2-sembur-bersihkan-habuk-depan-kawan-dia.

Aku jumpa mamat tu kat weding member aku..cehh.sangat poyo.kang kejap-kejap dia dok usha budak pompuan yang baru nak naik pastu cakap "aku amik gambar ko kang" sambil sengih2 perasan hensem.kendian budak pompuan tu gelak-gelak gedik sambil tutup muka dengan tangan. Sila bayangkan. Ada rasa nak lempang?

Oouuhh..hye kat member opis aku. Ikien. Ntah mana dia jumpa umah buruk aku ni pun taktau lah. Alih2 datang kat aku tanya kenapa dah lama tak update blog. Camni lah kin.. Apa kata ko suruh datuk ali jangan block blogspot kat opis. Nescayanya lah aku akan rajin update -kot. Hahaha.

Kat rumah nak update memang susah lah.. Dengan nak bersilat dengan adam lagi. Mana lah tangan aku ni nak tercapai. Ni pun kira ku gagahkan jua mataku dr terkatup. Ntah ape aku meraban agaknya.

Aku tulis balik ape yang aku post status kat fesbuk..

"biar pencuci muka yang abes..jangan susu anak yang abes!"