dah lama tak kena lastik. kali ni kena. terima kaseh daun keladi
puan yantie. lain kali jangan bagi lagi. hakhakhak.
5 tarikh pentinga) 2 ogos 2011
- sebab tarikh ni lah aku dengan sedaya upaya meneran sepenuh hati nak bagi adam lihat dunia. tepat jam 12.01am. orang lain sedap tido, aku tengah meneran. memang takkan lupa tarikh ni. cerita penuh aku teran adam ni aku peram sampai adam genap 1 tahun okeh? tunggu. kahkahkah.
b) 13 jun
- hikhikhikhik.. hari lahir abang sayang-sayang bucuk-bucuk cinta hati pengarang jantung intan payung aku. kadang-kadang macam nak buat-buat lupa pun ada jugak. *sambil kira duit syiling seposen dua posen* tapi! dia kena ingat hari lahir aku. kahkahkahkahkahkah lagi.
c) 7 nov 2009
- heh.. dah tentu tarikh keramat bersatunya aku dengan incek abang sayang-sayang bucuk-bucuk cinta hati pengarang jantung intan payung aku tu. tahun ni masuk 2 tahun jadi isteri kepada beliau. masih berjauhan.
d) 9 september
- ahhhaaaa...! hari lahir sendiri ni. kena ingat tarikh ni sebab share birthdate dengan bapak aku. dah banyak kali mention ni. mak aku terer bagi hadiah beranakkan aku untuk hadiah birthday bapak aku.
e) 1 mei
- birthday mak aku. 1 malaysia sambut kan? siap cuti semalaysia lagik.
5 perkara yang dibuat semalam
a) golek-golek kat rumah
- fuuhhh.. kira aku balun habis2 hari ahad ni kat rumah je.
b) golek-golek kat rumah
- fuuhhh.. kira aku balun habis2 hari ahad ni kat rumah je.
c) golek lagi..
d) golek.. dan golek.
e) golek dan terus golek dan golek-golek lagi. hahahaha!
5 perkara yang buat saya gembira
a) hari jumaat sampai ahad
- sebab laki aku ada. 3 hari tu je lah dapat tengok muka dia. buli dia sidai baju, buang sampah, lipat baju. ehhh?
b) Adam Zikri
- penyenang hati. penawar duka lara. tengok dia senyum sengih-sengih takde gigi dah cukup senang hati. hilang terbang segala penat jerih kerja demi sesuap nasi. nak-nak lagi time nak amik dia balik dari rumah babysitter. dia akan tersenyum lebar sambil tepis-tepis tangan makcik nak pergi kat aku. what a wonderful moment yaaww!
c) bangun pukul 10 hari sabtu dan ahad.
- woaaahhh.. bukan senang nak dapat bangun lambat gaya gini. biar pun adam korek mata aku. biar pun dia ramas-ramas mulut aku. biarkaaaaann. semua tu aku boleh handle sambil mata lelap.
d) cuti pada waktu hari bekerja
-p perrgghhh.. ni lah yang paling nikmat sekali. bangun lambat dah konfem lah kan. pastu dapat sakitkan hati kawan-kawan lain yang tengah bertungkus lumus kerja demi sesuap nasi. hakhakhak.
e) beli tudung baru!
- walaupun harga tudung tu berharga rm10.. aku tetaaaappp akan rasa gembira. lepas tu tak sabar-sabar nak melaram. start selongkar lemari carik baju nak mecing-mecingkan dengan tudung rm10 tadi tu. weeeeeeeeeee...!
5 sebab jawab soalan
a) tengah ade semangat
- ni pun nasib-nasib. hahaha. sebab aku sempat login blogspot sebelum pukul 8. lepas pukul 8 dah jangan harap lah nak dapat buat entry.
b) tengah takde kerja
- semedang je aku takde kerja kan? nak buat camne. dah nama rezeki aku pindah unit baru yang tak banyak kerja. hahaha. dah 3 orang tanya aku best tak dok unit ni. aku cakap best, aman idup aku dan diorang mintak tukar tempat dengan diorang. tak dapaaattt jeeppp..! hahahaha.
c) idea nak merapu mencurah-curah
- bukan lah merapu mana pun. hahaha. ikhlas tu.. ikhlas.
d) saje nak bagi korang buang masa baca entry aku
- sambil2 tu suka dan semangat nak baca komen-komen merapu korang. buat aku gelak sorang-sorang. ilang bosan.
e) dah takde sebab lain dah. haha.
5 kawan untuk di tag
siapa nak buat angkat ketiak!a) wanna?
b) zie?
c) kak mimiiiiiii..?
d) myra tunang paiseh mungkin?
e) kak wooossss. jangan buat-buat tak pandang pulak ye. hehehe.
sekian.
melaka maju 2010.