Monday, July 25, 2011

siapa kawan kita, siapa lawan kita?

dari sehari ke sehari cuba untuk update belog. patutnya cerita ini untuk hari jumaat yang lepas, tapi tak terdaya jari ni nak bercerita. terlalu penat dengan kerenah orang sekeliling. ni pun lepas taip ayat yang pertama je dah lama diam tenung skrin komputer lama-lama.

apa nak cerita?


tarik nafas dalam-dalam. mari kita cuba bercerita panjang.


kehidupan kerja tunggang langgang. huru hara. hati sakit jangan cakap. bagi siapa yang tahu, tahu lah. bagi yang tidak tahu, sesungguhnya aku sudah tak terdaya lagi nak bercerita. air mata kalau ditadah, mungkin sudah penuh sebaldi. berderai-derai turun.

tapi, dalam berderai-derai air mata yang turun, ada yang sudi tumpangkan bahu dan pinjamkan telinga mereka untuk aku. terima kasih. itu memang biasa kita dengar kan? tapi apa yang aku nak ceritakan disini, mereka bukan sebarang kawan. kawan yang kau duduk lepak semeja gelak ketawa terbahak-bahak sampai tepuk-tepuk meja itu ramai. sentiasa ada dan sentiasa cari ''weehh.. jom lepak!'' tapi mereka bukan lah kawan yang ditumpangkan bahu dan dipinjamkan telinga tadi.

aku tak tahu nak kategorikan sebagai apa. rahmat? ya. itu mungkin paling tepat. dikurniakan oleh Allah kepada aku kawan yang jauh di mata, yang jumpanya mereka boleh dikira tidak habis jari tangan sebelah. itu mereka. mereka yang memberi tumpang bahu dan memberi pinjam telinga mereka untuk mendengar air mata aku turun berderai-derai. yang sentiasa ada. yang tidak pernah menyindir. yang sentiasa memberi semangat. yang sentiasa tolong bangkitkan aku dari jatuh terduduk.

mungkin kau ada kawan yang duduk lepak semeja gelak ketawa terbahak-bahak sampai tepuk-tepuk meja yang sudi pinjamkan bahu, pinjamkan telinga. tapi tetap tidak sama dengan kawan jauh di mata tapi sentiasa ada untuk aku. kenapa aku cakap macam ni? mari, aku ceritakan.

aku tahu, dia takkan suka aku hebah-hebahkan disini. jangan risau. aku takkan reveal siapa dia. biar. ini antara aku, dia dan Allah.

kawan A. seorang yang dipanggil kakak. yang kenalnya melalui belog. tetapi kekal sampai sekarang. dengan dia aku hamburkan segala air mata. dia lah bahu aku. kata-kata dia sentiasa bagi aku semangat untuk terus kuat demi Adam. dia tahu dan sedar segala kekurangan dan kecacatan aku. tapi tidak pernah sekalipun dia hina aku. atau jauh sekali dia akan mengata aku. dia sangat jauh dari mata aku. jauh. pernah jumpa dia mungkin 3 atau 4 kali sahaja. tapi dia tahu aku segalanya. rahsia aku, selamat dalam poket dia. mungkin kau akan kata, ''aahh.. mana kau tau?'' aku nilai orang melalui budinya. kawan yang kau duduk lepak semeja ketawa terbahak-bahak tadi itu pun belum tentu lagi simpan rahsia kau. belum tentu lagi dia tidak mengata kau di belakang-belakang. aku ada pengalaman itu *senyum*

aku belum pernah ada atau dapat lagi kawan yang bila kau check akaun bank kau yang sebelum-sebelum ini jumlahnya RM10 sahaja, tapi esoknya kau bangun pagi, jumlah dalam akaun sudah jadi RM500. ya. ulang baca. RM500. sila percaya. kak, maaf. anim tau akak tak suka. tapi orang takkan tahu siapa akak. anim tahu akak bantu bukan untuk dimegah-megah. pada bila mula aku tengok jumlah tersebut, aku rasa ''salah amaun ke?''. ''mesti terlebih kosong. dia nak bagi RM50 je, tapi mesti tertekan lebih 0''. bila ditanya, ''ikhlas akak bantu. itu je yang mampu akak tolong'' apa yang mampu kau buat? menangis. banyak sebab. menangis sebab malu. menangis sebab sungguh aku tak percaya ada lagi insan yang sudi bantu aku. aku anggap aku berhutang nyawa dengan dia. sebab dengan duit yang dia bagi, aku sambung ''nyawa'' adam. aku beli stok susu adam.

kenapa dia tolong aku? sebab dia pernah rasa ape yang aku rasa. pernah rasa susah sakit tidak ada duit dalam nak besarkan anak. dia pernah rasa makanan yang sedikit, dibahagi dua dengan suami. dapat rasa sorang sedikit. malah katanya, dia lagi susah dari apa yang aku rasa sekarang ni. dia dah lalu semua rasa sakit, sedih pedih ni. itu alasan paling atas dia tolong aku. dia pernah rasa turun naik bas membawa anak kecik. dia dah pernah rasa susah.

itu kawan yang sangat jauh di mata aku. tapi, aku tau dia sentiasa ada dengan aku.

kawan B. kawan dari sekolah rendah ke menengah. tapi bukan kawan yang lepak-lepak makan bihun sup dekat kantin sekolah. bukan kawan yang sama-sama ponteng sekolah. ini kawan yang lain kelas. ehh, darjah 1 saja sama kelas. haha!

pun kawan yang boleh dikira jauh dimata walaupun duduk senegeri, yang mana jarak antara rumah kami, alahaaaiii sekangkang kera jaraknya. haha. jumpa balik di facebook. 2 tahun lepas rasanya. dan sejak dari itu, hari-hari kami berbual. berbual dia YM. dari cerita hendak khawin, kemudian mengandung, kemudian bersalin, kemudia kongsi cerita mengenai anak. ehh, lama tak guna medium tu. hmmmm, sekarang makin canggih. macam-macam cara ada untuk berhubung.

kawan yang ini, dia telinga aku. sentiasa ada untuk dengar celoteh aku yang tak berhenti ni. juga dia tak pernah berhenti untuk bagi semangat untuk aku terus bangkit. tidak pernah ada rasa dengki-dengki. tidak pernah rasa nak berlawan-lawan ''ahh.. anak aku dah pandai ini, dah pandai itu, anak kau ape tau?'' tidak pernah sekali keluarkan ayat ''eeeeii.. kecik je anak kau ye? tengok anak aku semangat'' dia, sentiasa share apa sahaja info pasal anak-anak yang dia tau dengan aku. tidak pernah kedekut.

sesungguhnya aku tak terbalas jasa baik mereka berdua. sungguh. terima kasih kerana sudi pinjamkan bahu dan telinga kamu. nah, aku pulangkan balik. hehehe. hanya doa yang baik-baik, semoga Allah murahkan rezeki kamu berdua sahaja yang aku pinta. semoga Allah peliharakan kamu berdua.

satu ketika dahulu ada seorang kawan yang pernah baik, tetapi sekarang tarik muka bila jumpa aku cakap '' rugi kau tak pergi kem tu. dekat sana baru kita kenal SIAPA KAWAN KITA, SIAPA LAWAN KITA''

terima kasih untuk ingatan tu. aku dah kenal SIAPA KAWAN KITA tu. - mereka berdua.

Monday, July 4, 2011

INILAH AKIBATNYA

salam sejahtera hari isnin yang sememangnya malas-malas belaka.

setelah 4 hari amik pakej cuti-cuti-kerja-malas-nak-pergi-kerja-sebenarnya, dapat 3 amanat dari puan pegawai.

ya, puan. saya yang menurut perintah.

Dah sudah siap fakskan pun Puan.


sekarang jugak saya laksanakannya Puan!



ini yang paling tidak boleh blah. aku yang pemain penyimpan ni pun kena jugak. tapi, memang kena lah kan?


kenapa dapat amanat banyak-banyak ni?

sebab khamis dengan hari jumaat aku bantai lepak golek-golek kat rumah. batuk campur selsema campur kadang-kadang demam sikit. dari hari selasa dah sibuk bersin sana sini. tapi ku gagahkan jua kuda berlari tak payah makan ubat. malam-malam tak makan ubat pasal aku fikir nanti takut tak terjaga tengah malam kalau adam bangun nak susu nanti.

siang-siang pulak, kerja. kang kalau aku dah ''bercium'' dengan meja nanti siapa nak bertanggungjawab?

korban cuti. khamis pagi mak tolong hantar adam pergi rumah babysitter. terpaksa. tak sampai hati tengok muka adam terkulat-kulat opah amik masuk kereta. lepas adam pergi, telan ubat, setting aircond, setting comforter, setting bantal. bawak bekal bantal adam. buat cium-cium lepas rindu.

nangis.

sebab rasa diri sendiri jahat. duduk rehat kat rumah, tapi hantar adam ke rumah babysitter. nangis. nangis. lepas tu cakap sorang-sorang. nangis lagi sampai terlelap sendiri.

bila agaknya boleh berhenti kerja?


dah sepuluh juta kali cakap macam ni kan?