Friday, April 29, 2011

hero kesayangan.

salam hari jumaat!

memandangkan hari jumaat ni memang semua orang nanti-nantikan.. terrrrr-masuk lah aku. mood pun konfem ade ceria-ceria, bunga-bunga sket kan?

aku kasik korang semua hadap juling-juling mata tengok gambar-gambar adam.


aku memang bukan macam ibu-ibu yang lain.. yang dok update segala hari-hari pasal anak. aku memang tak reti yang oiiii. kira aku buh gambar adam ni haaaa kira aci lah ekkk?



helllloooooowwwww guuurlllss... wanna follow me?

teeeeeeeeheeeeeee... saya takde gigi!

ibu...! cepat lah siap pegi kerja tu.

kkrrroooohhh... saya penat. landing gaya gini pun syiok.


auuummmmccchhhaaakk..! selamat pagi malaysia!



haaaiiisshhh.... tak senonoh sungguh tido kangkang camni. malu kalau makwe tengok tawww.



ehhheemmm.. ade cikaro nak ikot tak? nanti saya pinjam keter ayah.


naahh.. bunga untuk awak. aaauuww.. sweet!


* ape ke hal aku buat caption semua bantai bunyik macam mat romeo je ni???

okeh.. dah. saya lapar. saya takde gigi. jadi saya makan biskut rusk perasa oren je ni haaaa.



setiap hari isnin sampai jumaat.. aku tunggu detik jam tepat pukul 5 petang. tak sabar nak balik jumpa hero kecik ni. cium-cium dia. gomol-gomol dia. lambung-lambung dia. dengar adam ketawa. indah. berbual dengan adam. bertanyakan apa yang dia buat kat rumah BS.

adam zikri segalanya.

segalanya.

Thursday, April 28, 2011

si luncai...

kau lagi.. ye kau.

dengan aku, kau kutuk orang-orang yang lain.. dengan orang-orang yang lain tu pulak, kau kutuk aku.. dan kesian sangat dekat orang lain yang kau kutuk tu. sebab orang tu masih berbaik dengan kau. dan kau berpura-pura baik dengan orang lain. lepas tu nanti kau cari orang lain untuk kutuk orang yang baik dengan kau tadi tu. kesian orang tu kan?


kau?


kira dah bagus sangat lah kan kutuk orang sana sini..


kau tau tak orang jenis kau ni dipanggil sebagai ape?


orang macam kau ni dipanggil sebagai LOSER. L.O.S.E.R. yessss.. loser!

dan kau langsung tak sedar yang bila kau kutuk aku kat orang lain.. orang lain tu belum tentu suka kau. kesian kau ni. kesian sangat.

aku pernah terfikir nak privatekan saja blog aku ni.. sebab aku nyampah orang-orang jenis kau ni baca blog aku. tapi, lama-lama aku fikir. tak perlu. sebab aku tau kau sentiasa baca blog aku. paling koman pun, ada orang lain baca, pastu tolong sampaikan kat kau ape yang aku tulis. kan?
benci-benci kau kat aku, masih sebok lagi nak amik tau pasal aku kan? feeling artis ai taawww..

takpe.. akan kubiarkan saja blog ini terbuka. aku share je life aku dengan kau okehhh? suka lah tuuu.. kan?

orang-orang yang macam kau ni lah sentiasa bagi aku idea nak update blog selalu.. terima kasih ye sayang. see.. see.. aku masih sayang kau, walaupun sentiasa kena kutuk dengan kau.

biarkan lah si luncai terjun dengan labu-labunya... kan?

Monday, April 25, 2011

mari kita lihat.. siapa yang kenaaaaaaaaaa!

dah lama tak kena lastik. kali ni kena. terima kaseh daun keladi puan yantie. lain kali jangan bagi lagi. hakhakhak.





5 tarikh penting
a) 2 ogos 2011
- sebab tarikh ni lah aku dengan sedaya upaya meneran sepenuh hati nak bagi adam lihat dunia. tepat jam 12.01am. orang lain sedap tido, aku tengah meneran. memang takkan lupa tarikh ni. cerita penuh aku teran adam ni aku peram sampai adam genap 1 tahun okeh? tunggu. kahkahkah.

b) 13 jun
- hikhikhikhik.. hari lahir abang sayang-sayang bucuk-bucuk cinta hati pengarang jantung intan payung aku. kadang-kadang macam nak buat-buat lupa pun ada jugak. *sambil kira duit syiling seposen dua posen* tapi! dia kena ingat hari lahir aku. kahkahkahkahkahkah lagi.

c) 7 nov 2009
- heh.. dah tentu tarikh keramat bersatunya aku dengan incek abang sayang-sayang bucuk-bucuk cinta hati pengarang jantung intan payung aku tu. tahun ni masuk 2 tahun jadi isteri kepada beliau. masih berjauhan.

d) 9 september
- ahhhaaaa...! hari lahir sendiri ni. kena ingat tarikh ni sebab share birthdate dengan bapak aku. dah banyak kali mention ni. mak aku terer bagi hadiah beranakkan aku untuk hadiah birthday bapak aku.

e) 1 mei
- birthday mak aku. 1 malaysia sambut kan? siap cuti semalaysia lagik.


5 perkara yang dibuat semalam

a) golek-golek kat rumah
- fuuhhh.. kira aku balun habis2 hari ahad ni kat rumah je.

b) golek-golek kat rumah
- fuuhhh.. kira aku balun habis2 hari ahad ni kat rumah je.

c) golek lagi..

d) golek.. dan golek.

e) golek dan terus golek dan golek-golek lagi. hahahaha!


5 perkara yang buat saya gembira

a) hari jumaat sampai ahad
- sebab laki aku ada. 3 hari tu je lah dapat tengok muka dia. buli dia sidai baju, buang sampah, lipat baju. ehhh?

b) Adam Zikri
- penyenang hati. penawar duka lara. tengok dia senyum sengih-sengih takde gigi dah cukup senang hati. hilang terbang segala penat jerih kerja demi sesuap nasi. nak-nak lagi time nak amik dia balik dari rumah babysitter. dia akan tersenyum lebar sambil tepis-tepis tangan makcik nak pergi kat aku. what a wonderful moment yaaww!

c) bangun pukul 10 hari sabtu dan ahad.
- woaaahhh.. bukan senang nak dapat bangun lambat gaya gini. biar pun adam korek mata aku. biar pun dia ramas-ramas mulut aku. biarkaaaaann. semua tu aku boleh handle sambil mata lelap.

d) cuti pada waktu hari bekerja
-p perrgghhh.. ni lah yang paling nikmat sekali. bangun lambat dah konfem lah kan. pastu dapat sakitkan hati kawan-kawan lain yang tengah bertungkus lumus kerja demi sesuap nasi. hakhakhak.

e) beli tudung baru!
- walaupun harga tudung tu berharga rm10.. aku tetaaaappp akan rasa gembira. lepas tu tak sabar-sabar nak melaram. start selongkar lemari carik baju nak mecing-mecingkan dengan tudung rm10 tadi tu. weeeeeeeeeee...!

5 sebab jawab soalan

a) tengah ade semangat
- ni pun nasib-nasib. hahaha. sebab aku sempat login blogspot sebelum pukul 8. lepas pukul 8 dah jangan harap lah nak dapat buat entry.

b) tengah takde kerja
- semedang je aku takde kerja kan? nak buat camne. dah nama rezeki aku pindah unit baru yang tak banyak kerja. hahaha. dah 3 orang tanya aku best tak dok unit ni. aku cakap best, aman idup aku dan diorang mintak tukar tempat dengan diorang. tak dapaaattt jeeppp..! hahahaha.

c) idea nak merapu mencurah-curah
- bukan lah merapu mana pun. hahaha. ikhlas tu.. ikhlas.

d) saje nak bagi korang buang masa baca entry aku
- sambil2 tu suka dan semangat nak baca komen-komen merapu korang. buat aku gelak sorang-sorang. ilang bosan.

e) dah takde sebab lain dah. haha.


5 kawan untuk di tag

siapa nak buat angkat ketiak!

a) wanna?

b) zie?

c) kak mimiiiiiii..?

d) myra tunang paiseh mungkin?

e) kak wooossss. jangan buat-buat tak pandang pulak ye. hehehe.



sekian.

melaka maju 2010.

Wednesday, April 20, 2011

mimpi ngeri..!!

habis kisah budak perempuan tertinggal duit.. hari ni dia bawak duit.

kali ni budak perempuan tu mimpi pulak. ngeri jugak lah. kesian budak perempuan tu.

letih sangat agaknya berbulu tangkis petang sebelum tu, budak perempuan terus tertido dengan lena. kkkrrrooohhh... kkkrrrooohhh..zzZZzzZzZZZz.. krrrooohh.. krrooohh.


sampai lah di suatu masa, emak budak perempuan tu kejut-kejut bangun tido sebab dah sampai masa nak pergi kejer.. comel kan budak perempuan tu mak masih kejut bangun. ''jap..jap..errmm, 5 minit'' kata budak perempuan tu. tak puas tido tu. penat sangat. kena pulak sedap-sedap peluk bantal. selubung comforter. haruslah masssyyuuukkk kan?

bila dah mintak sambung tido 5 minit tu.. boleh pulak budak perempuan tu termimpi. dia mimpi konon2 macam dia dah bangun tido. capai towel. jalan dengan malas. kalau boleh nak seret-seret badan sampai ke bilik air. lepas tu kan.. bila budak perempuan dah sampai kat bilik air kan. ehh, ni masih dalam mimpi lagi tau. budak perempuan tu pun duduk lah kat toilet duduk. budak perempuan tu tak boleh guna jamban cangkung. nanti kaki dia lenguh. kesian budak perempuan tu kan? nanti kaki budak perempuan tu kena semut-semut. tau camne kaki kena semut-semut? tau? bagus.

bila budak perempuan tengah lakukan proses penyahtijaan.. tiba-tiba budak perempuan tu ternampak ade seekor ayam golek dalam bilik air. kejadah apa ntah ade ayam golek dalam bilik air. ayam golek tu tiba-tiba bergerak. dan terus melompat ke arah budak perempuan yang tengah dok kat jamban duduk tu!!!! ayam tu terus terbang macam nak terkam budak perempuan tu!!!
haaa.. haa...!! camni lah rupa ayam golek yang serang budak perempuan tu dalam bilik air. ngeri kan?


'' aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..!!!'' budak perempuan tu jerit.

tiba-tiba budak perempuan tu rasa ada tangan yang cuit-cuit tangan budak perempuan tu. siap ada suara yang bercakap tanya kat budak perempuan tu..

''banguuuuuunnnn.. dah lambat ni. tak pergi kerja ke?''

terus budak perempuan tu bukak mata, bangun capai towel. jalan dengan malas. kalau boleh nak seret-seret badan sampai ke bilik air.

Tuesday, April 19, 2011

kesian budak perempuan itu...

ade seorang budak perempuan ini... suka selit-selitkan duit ke dalam cover henfon beliau.

lepas tu bila bangun pagi dah lambat nak pegi kejer.. mesti lah budak perempuan ni kelam kelibut kan? segala benda nak capai kan?

lepas tu budak perempuan ni masuk kereta.. lalu depan rumah kawan dia kan.. pastu nampak kawan dia salam-salam-cium-pipi-kiri-cium-pipi-kanan husbad dia kan.. lepas tu lambai-lambai kan..

lepas tu bila dah separuh jalan nak sampai ofis kan.. budak perempuan ni baru perasan cover-henfon-tempat-selit-selit-duit tu tak masuk pun dalam handbag jimmy choo cap ayam dia.

jadi bila nak pegi beli sarapan kan.. budak perempuan tu terpaksa korek-korek duit syiling kira seposen.. dua posen genap sampai 2ringgit nak beli nasi himpit taruk rendang.


T___T


*waaahhhh... dah pandai nak buat simbol-simbol. ehh, simbol ke?

Monday, April 11, 2011

hey kau.. terima kasih!

ade orang baca blog aku.. orang tu bgtau kat orang lain apa yang aku tulis kat sini..lepas tu orang lain tu buat muka dengan aku. sentap. tak tegur aku.




ehh.. terima kasih lah kat orang tu.




terima kasih!

Wednesday, April 6, 2011