adat lah kan orang baru lepas kawen kena jumpe sedara mara.. sedara mara sebelah incek suami.. makcik.. pakcik.. atok.. nenek.. mak saudara.. anak buah.. adik sedara.. segala keturunan lah kena jumpe.
oouuhh..yer. dah lama aku tak bersiaran kan? ikot incek suami balik kg ler.. sana takde liputan internet. nak talipon orang pun kena cakap "hallo.. hallo.." byk kali. kejap2 kang putus. sila salahkan pihak telekom berhad cawangan batu pahat.
kelmarin kena pegi umah nenek atok incek suami belah mak die... ehh, lupa lg nk bgtau. mereka orang jawa. punye lah excited atok nenek die jumpe aku.. makcik2 die. peluk2.. cium2.. peluk2.. cium2.
maka duduk lah bersila secara berjemaah.. mau lebih seploh orang jugak lah. aku juga tergolong dalam kelompok mereka.. bermula lahh...
"ngorongg... ngerengg.. orroongg.. ereenngg.. waras ya wak.."
"ngorongggg... ngerennggg... orrroonngggg... ereeenngg..."
"warass.. warass.. nggooorrrooonnggg.. errreeenngggg...hahahahaha..."
"hahahaha.. hahaha.. nggooorroonnnggg..."
begitulah lebih kurang bunyiknya seramai lebih seploh orang itu... ape yg aku mampu lakukan hanya duduk bersimpuh sopan2.. sengih seayu yang mungkin.
diorang gelak.. aku pun ikot sengih2 gelak. tp ape haram aku tak faham.
makcik die jamu pisang goreng.. sama air teh o. aku sapuuuuuuuu je. rock tak aku?
ujung2 sebelum balik.. atok tanya kat incek suami aku. naseb dalam bahasa melayu kebangsaan.
"apiz.. bila lagi ni? atok dah tak sabar nak dapat cicit"
tuuuuuuu dia.....
mana aku nak cari..........???????
ingat boley dapat cm beli ikan kat pasar???
*hehehehe.. korang doa2kan lah ye?
Saturday, November 21, 2009
mana nak cari????
Sunday, November 15, 2009
perbezaan
perkara paling ketara yg anda tak boleh lakukan di umah mertua..
bangun lambat!
mlm semalam aku balik umah mak...
aku balas dendam bangun lambat...
pukul 11 baru bgn..
kira pagi lagi lah tu kan?
hehehehe....
kata hati pari pari syurga detik waktu 3:37 PM 14 bisikan
Labels: life
Monday, November 9, 2009
peristiwa lepas kawen...
saya kembali dalam watak baru sebagai.......... Puan Hanim. hahahaha.
semalam petang hujan lebat. lebat sgt2. berserta guruh berdentum. mmg lena sunguh dpat tido petang.
incek suami... ehemm..ehemmm.. pun tido lena sunguh2.
kendian.. bapak saya pangil.
bapak saya kata "pintu keter apiz tak tutup. keter masuk air. seat basah teruk"
kendian laki saya dgn muka terpisat2 pegi kemas keter...
mak saya tanya "ade ikan?"
soalan 1:
camne laki saya boley lupa nak tutup pintu keter?
soalan 2:
brape kali laki saya berjaya akad nikah?
terima kasih utk kalian yg dtg kat majlis.. terima kasih sgt2. hanya Tuhan sahaja yg mampu balas budi baik kalian. segala kekurangan mohon diampun.
terima kaseyyyyyy... hahahahha.
kata hati pari pari syurga detik waktu 11:21 AM 14 bisikan
Tuesday, November 3, 2009
bercampur-campur
hey.. today will be the last day aku kejer. then dh start cuti panjang. agak panjang lah.. 2mingu.
kalau kira2 ikot kalendar.. 23 november baru aku naik kejer balik. sunguh heaven rasa di hati. dapat dok umah. golek2. bersama2 laki tercinta. muahaahha.
1) sangat teruja utk jumpa korang kat majlis aku nanti.. mini gathering mungkin. sudi2kan diri yer. aku buat majlis secara sederhana saja. tidak grand.
2) aku berada di dlm keadaan blurr.. belum ade pape perasaan. taktau nak rasa ape.
3) paiseh.. bila lu nak on henpon? sudah2 lah tu. dtg majlis gua tau. *ehh.. aku tak gaduh dgn die. mungkin die ade masalah.
4) smlm kakak jaja yg comel itu call aku.. sumpah. suara die sgt comel. lama giler borak. 1 jam.
5) doakan aku yang baik2 yer?
6) aku nak mintak maaf kot2 aku ade buat salah pape kat korang selama ni.. mana tau ade kata2 aku buat korang tersinggung.
7) 3 hari je lagi.. 3 hari je lg aku nak bertukar status.
8) oohh.. yer. aku nak mintak maaf awal2. kalau masa majlis aku nanti ade terkurang pape. aku cuba buat sebaik mungkin.
9) lepas kawen kami akan dok jauh2.. ujung mingu die balik melaka. tp aku tau sgt perangai die. silap2 nanti ulang alik cni jer.
10) ini entry aku yg ke 199.. insya-allah aku akan kembali dgn cerita baru, dunia baru.. status baru.. suasana baru.. semuanya baru dengan n3 yg ke 200.
11) aku akan nikah sabtu pagi.. lebih kurang dalam pukul 10pg. doakan semuanya berjalan dgn lancar.
terima kasih semua.
kata hati pari pari syurga detik waktu 10:30 PM 19 bisikan
Friday, October 30, 2009
gossip di hari jumaat..
akhirnya di hari jumaat yang mulia lagi indah ini.. seseorang telah memberi ilham kepada saya untuk meng-hapdet ini blog.
pada ketika saya membaca warkah itu.. saya sunguh terpana dan terkedu.. dan ternganga. kendian ketawalah terbahak2. naseb sorang2 kat umah. haaaaiiihhh.. sesungguhnya tiada terkata oleh saya untuk menjawab kata2 tersebut. hahahaha.
sila tengok warkah tersebut... dah tentunya ape yang telah saya bulatkan dgn warna merah itu ye kawan2.
kepada zie.. akak pun taktau nak explain camne. hehehe. akak kurang pasti knpe kamu berkata demikian. mungkinkah "peperangan" di fesbuk atau komen2 akak di blog paiseh? hahahaha. dalam ramai2 yang dok berebutkan si paiseh tu.. nama akak jugak yg ko petik ye yang? hehehe.
abes lah.. jeles lah para2 peminat paiseh di luar sana. guling2 tumbuk lantai lah diorang baca stetmen tu. puas diorang lobi tak dapat2. alih2 nama aku jugak yg glemer tau. hahaha.
paiseh.. lu jawab sendiri lah ek stetmen tu. gua terkedu ni. hahaha.
kata hati pari pari syurga detik waktu 7:30 AM 16 bisikan
Monday, October 26, 2009
kena ke?
aku baru menyedari bahawa bulan oktober ini baru 4 buah kesah je aku aku bg korang baca.. 4 okk.. empat.. E.M.P.A.T. bukan 14.. 40 lagi lah bukan.
alasan? bz.. yer. common. lagi 12 hari lah weyhh. tu sebb bz. lagi pun kat opis skrg wifi adalah tahap bangang. jadi aku malas nak bwk laptop. pc opis plak tahap siput kena parkinson. tp naseb bley bukak FB.
bercakap pasal 12 hari lagi ni... akak opis aku tanya aku takde ke nak beli pakaian dalam yg baru.. errr, bley ke nak citer psal benda ni? aku hanya mampu termangu2 kendian gelak mcm hape ntah. kena ke? harus ke? wajib eh?
lunch hour break.. aku dan die ke JJ. siap tarik tgn aku kat baju tido yg jarang2.. jaring mcm jala ikan. mcm2 kaler ade.. merah ade.. merah itam ade.. pepel ade.. pink ade.. hitam pun ade. die sorang je selak.. aku? bantai gelak jer.. ai kan budak baik2.. inesen.. suci lagi bersih. mana ai reti benda2 ni.
hikhikhikhikhikhikhikhik....
kata hati pari pari syurga detik waktu 7:30 AM 16 bisikan
Monday, October 19, 2009
boleh tukar tak?
aku ade adik saudara.. okeh.. yer. semua orang ade adik saudara. tp adik saudara aku ni kembar. sepasang. lelaki dan perempuan. 5 tahun.
diorang ade abang.. pun kembar jugak. huh.. best kan? busu aku bersalin 2 kali je. dpat 4 org anak. hahaha. yg ni 8 tahun.
sempena cuti skola bulan doblas ni.. busu aku bercadang nak kerat k***k.. errrr.. khatan.
yang si abang mengeluh.. "leceh lah ade k***k ni.. kalau takde kan senang.."
si adik pula ckap.. "eeeeii.. takmo lah ade k***k. tukar dengan c***p bley tak?"
budak umur 5 tahun ckap camtu? haaaiiihhh.. hahahaha
kata hati pari pari syurga detik waktu 7:30 AM 14 bisikan
Wednesday, October 14, 2009
sila mula dari sekarang...
sesungguhnya..... aku memang takde idea nak buat cerita merepek lah weyh.
badan penat.. otak pun jd otomatik penat. puas dh ku korek2.. tp tak jugak muncul.
korang nak aku citer psal ape?
pasal kejer? dey.. takde citer best. boh-san!
pasal kawen? errrmmm... tu, kat atas tu. 24 hari lg. perasaan? belum ade perasaan. tungu lah lg 3hari ke.
psal diri sendiri? errmm.. aku tgh penat segala macam. nak dok umah je. mls nak kuar. dh brape lama ujung mingu aku tak dpat nak rehat kat umah. ade je benda nak kena buat.
ehhh.. aku nak mintak tolong korang buat laporan utk aku lah. laporan psal kad2 kawen yg aku dh pos utk korang. sila inform sudah terima atau belum..
so.. kiranya korang dh bley start pk lah nak belikan hadiah ape utk aku. muahaha.
aku bg tips lah benda yg aku suke.. tv flat skrin 42".. peti sejuk brand mahal2.. ekon cap york. mesin basuh boley muat 10kg.. set perabot. klau bley nak brand ikea.
bgtau awal2.. nanti boley aku sediakan lori. senang nak angkut bwk balik umah.
terima kasih.
kata hati pari pari syurga detik waktu 7:30 AM 15 bisikan
Saturday, October 10, 2009
carca marba
dah brape hari aku tinggalkan lapangan belog ni? huhhhh.. bizi kuasa kuda. dok main2 kejar2 dgn pak imam, tok sidang, JKKK kampung sebab nak mintak cop. kira 1 melaka lah jugak aku round.
aku buat kesimpulan je lah ek?
1. masa gathering kecil-kecilan dgn macha, kak tasek, mr.blind, dan darkk, aku yg penat tgk anak2 mr.blind lasak. pehhh.. kejap kang korek tanah. kejap lg bawah meja.. lompat2 meja. baling kasut sejauh 30 meter. huhhh.. pakai battery ape anak lu ni hah?
2. setuju pegi mekdi sebb semua org dh lapar. dr jauh aku laung kat blind tanya nak mkn ape. blind jwb "foldover". "foldover ye dik.." kata aku kat budak mekdi tu. "foldover tu ape kak?" time tu jugak aku rasa nak terbalikkan mekdi tu. blind kata aku tak reti sebut. demyu!
3. pd hari yg sma aku main kejar2 dgn pak imam, tok sidang, JKKK kampung, aku sempat jumpe kecik dgn liliyuli. minum petang (nak dekat maghrib) dgn diorang.
ehh.. bunyi cam dh rmai je blogger yg aku jumpe kan.. jap. aku nak senaraikan. aku susun ikot org 1st yg aku jumpe.
a. kak alis.
b. kak hanie
c. kak mimi
d. kak tasek
e. paiseh
f. macha
g. darkk
h. mr.blind
i. kecik
j. liliyuli
10 org.. boley tahan. aku bru je mula blogging tahun ni. yg aku jumpe ni boley kira tahan otai jugak lah. haaa.. saje bg korang kembang.
mingu ni aku bizi abg sdra aku nak kawen.. dh selamat nikah mlm td. incek tunang sibok cari ilmu camne nak ilang nervous masa nikah nti. muahahaa. siapa ade tips? apei.. lu dh ade pengalaman kan? blind.. lu pun. kongsi2 lah. takkan gua nak tanya paiseh plak. die ape tau? haha.
kata hati pari pari syurga detik waktu 10:15 AM 16 bisikan
Tuesday, October 6, 2009
sama-sama..
1 hari... dapat sms dr incek tunang.
demm~~ lagi sebulan nak kawen n3 jadi pesen syahdu plak.
hahaha..
kata hati pari pari syurga detik waktu 7:30 AM 14 bisikan
Labels: happy mode, life, love.
Wednesday, September 30, 2009
laporan terkini...
jam : 6 suku petang...
lokasi : dok kat kerusi depan tivi...
keadaan : goyang2.. rasa beralun. ngadu kat mak aku ade rasa goyang2. mak aku ckap aku pening.
ye ke? aku pening ke? atau perasaan aku je?
tgk tv...
demm~~!
sumatera gempa bumi... ikot laporan kat tv 7.9 scala ritcher. kuat! smpai aku pun dpat rasa. adik laki aku yg tgh lepak kat luar umah pun rasa.
jom tgk berita pkul 8 mlm ni!
kata hati pari pari syurga detik waktu 7:51 PM 11 bisikan
laporan untuk hari ini
gambar diambil ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.. mengalami kesesakan yang teruk. mula2 ingatkan road block. rupa2nye accident. dari jauh nampak kereta bomba.. aahhh. mesti accident teruk. orang tersepit barangkali.
aahhh.. lori ice terbalik. kejadian berlaku di kawasan round about. drebar lori ni syok sgt amik lap agaknya.. smpai terbabas. lalu terbalik. pihak bomba tabur pasir (kot).. aku syak ice yg dah cair. bapak aku plak ckap minyak.motif entry pada hari ini adalah.... kejadian berlaku di hadapan opis kak tasek! hehehe. kak, jadi penonton jugak petang smlm kan? hehe. lalu depan opis akak tgk keter ade lagi. hehe.
sekian saya melaporkan dari tempat kejadian...
hehehe.
kata hati pari pari syurga detik waktu 8:00 AM 14 bisikan
Monday, September 28, 2009
posto.. posto!
dah abes beraya ke belum? cukup2 ler tu.. raya lama2, lagi byk duit terbang. hehe. bulan puasa hari tu rmai yg sibuk mintak alamat sebb nak bg kad raya kan? kali ni aku pun nak mintak alamat jugak. tp utk kad pesen lain lah..
nak jemput korang sama2 meriahkan majlis ni..
hey... boley anggap majlis aku ni cm gathering blogger jugak ape. kan? kan? so... ape lg? bg lah alamat korang.. aku alu2kan. nti aku pos kan kad. tp make sure korang dtg lah. bley kite kumpul rmai2.
korang nak jumpe kak tasek? ---> strategi marketing. hahahaha. dtg majlis aku lah. hehe. sape lagi ek? errrmmm.. nak jumpe paiseh? ----> strategi lagi. hahaha. seh, lu dtg kan majlis gua? lu dh janji kan? hehehe.
jadi.. sila bg alamat umah korang. berserta nama penuh. yer lah.. takkan aku nak bubuh nama blog korang kat depan sampul surat tu.
kata hati pari pari syurga detik waktu 8:00 AM 13 bisikan
Labels: blogger, happy mode
Friday, September 25, 2009
kosong!
hari ni hari jumaat....
sekarang dh pukul 11 suku pagi....
aku kat pejabat....
tapi ape pasal opis aku dh rupa padang jarak padang tekukur je ni?
pusing kanan.. kosong.
pusing kiri.. kosong.
tgk depan.. belakang.. kosong!
*opis kosong.. pkul 8-9 pg td jer ramai org. pastu dh sunyi sepi. tingal aku sorang termangu2 depan pc.
Thursday, September 24, 2009
cerita hari raya
selamat kembali bekerja! adehhh.. malas bukan? kenape lah cuti kejer tak mcm cuti skola? bukan selalu dpat golek2 kat umah.
raya ke tama... balik kampung side bpak aku. mmg tiap2 tahun camtu. adik bradik bpak aku ramai. 13 org. seronok kumpul ramai2. tahun ni aku takde sediakan duit raya. kepala dah kusut pikir benda lain.. tp aku ade dpat duit raya. rm2! hahahaha.
tema tahun ni putih.. tahun ni je pun nak sedondon kaler dgn family.hehehe. ade sebb kenape putih. bley recycle balik nti tu. utk ape? ngeh.. ngeh.. ngeh.
acara wajib kan time hari raya.. mau kena ade gambar lah. simpan kenangan utk hari tua.
raya ke-dua. oohh.. bersama rakan2 dan yang tersayang. makan2 di open house. menu adalah sgt mabeles.who's house next?
kata hati pari pari syurga detik waktu 8:00 AM 3 bisikan
Labels: family, happy mode, raya






