Saturday, January 22, 2011

ada can sikit nak update.


setiap hari. tak kira masa pergi atau balik kerja. aku suka perhatikan gelagat orang lain. yang naik motor. yang pandu kereta. yang kayuh basikal pun ada.

macam-macam gaya. macam-macam kerenah.

dan gaya yang paling aku suka perhatikan, pejalan kaki. suka sangat melintas jalan, kemudian berhenti di tengah-tengah jalan. atas divider. aku selalu bayangkan, macam mana agaknya KALAU dia tergelincir, kemudian ketika tu, tak kira lah kereta ke, motor ke, bas ke, lori ke, van ke, tengah lalu. dan LAJU. macam mana?

huiishh.. siapa? budak-budak sekolah. dan pelajar universiti.

budak-budak sekolah tu MUNGKIN tak fikir. tengah seronok nak main-main- dia tolak dia. dia tolak dia.

yang budak U tu pulak, takkan masih tak boleh fikir jugak kan? time nak melintas jalan tu lah sibuk tangan sebelah lagi pegang handphone. sms atau bercakap.

kenderaan setiap pagi dan petang kebanyakkan laju.. pagi - nak cepat-cepat sampai ofis. kejar punch card. taknak merah.

petang - nak cepat-cepat sampai rumah. dah lama sangat duduk kat pejabat. :-)

aku yang tengok rasa ngeri. dia yang melintas gaya gitu tak rasa apa-apa ke?


ehh.. rumah baru aku dah ada ''jiran'' yang sudi singgah lah. terima kasih. rumah buruk je. rumah orang lain dah jadi banglo. jiran-jiran diorang pun jiran yang glamour.


2 comments: