Tuesday, January 18, 2011

kita mulakan hidup yang baru!

ok. cukup 237 entry-entry dekat ''rumah'' yang lama, aku save-as-draft kan. sudah. penat.

sekarang aku buat ''rumah'' baru. mari aku mulakan entry terbaru di hari ke-17 tahun 2011.

tahun 2011 yang bakal membuatkan umur bertambah. dari 26 menjadi 27.

actually aku takde plan pun nak buat ''rumah'' baru. just nak clearkan ''rumah'' lama je. tapi oleh kerana jenuh segala macam mak nenek aku nak bersihkan, aku amik saranan sorang cik kak ni. peribadikan rumah lama dan buat rumah baru guna alamat rumah yang lama.

oowhh yerrr... aku terperasan follower aku dekat ''rumah'' yang lama dah kurang sorang. takpe. *senyum* aku tau siapa yang dah remove aku. *senyum lagi* kalau ramai-ramai follower pun aku segan jugak. entry aku tak sebagus macam yang lain. entry aku entry sampah. entry aku entry budak-budak. tak sama tarafnya dengan yang lain.


*lama aku berhenti. sebok cari cat ''rumah'' baru aku ni*

terang sikit mata bila tengok ''rumah'' dah bersih macam ni.


okeh.. mari bercerita pasal anak.

bila ada anak.. semuanya, segalanya untuk anak. sanggup berlapar, tahan perot tidak makan. pernah. semua untuk anak. yang penting, segala keperluan untuk anak lengkap. cukup. bila lihat anak tersenyum, ketawa. segalanya terbayar.

anak sakit? susah hati. tidur pun tak lena. kejap-kejap buka mata untuk pastikan anak tidur dengan nyenyak. dan bila anak kembali tersenyum riang, ketawa mengekek.. rasa susah hati terbang jauh.

senang dan lapang hati tengok anak tersenyum begini. adam zikri.

pernah dan selalu terfikir, kenapa aku perlu bayar orang lain untuk jaga anak aku? kenapa bukan aku saja yang jaga? lihat dia membesar depan mata, menjadi orang pertama melihat dia meniarap, merangkak, berjalan.. dan menjadi orang pertama mendengar dia bercakap!

Allah jadikan sesuatu perkara itu bersebab kan?

masih berjauhan dengan suami. sampai bila agaknya ya sayang? *masih mampu tersenyum*

sejak menjadi ibu, tabiat menelek atau membeli baju-baju sendiri sudah terbang hilang entah kemana. tapi bertukar menjadi tukang rajin survey-survey dimana boleh beli susu dan pampers anak dengan harga yang murah. malah sanggup beralih dari satu shopping complex ke satu shopping complex yang lain. pampers di sana. susu di sini.

tapi masih gilakan tudung.. hahaha.

tertanya-tanya dalam hati.. berapa ramai yang akan baca entry sampah aku kali ni. dan berapa ramai yang akan komen entry sampah ni.

senyum.

tak perlu kata apa-apa.

5 comments:

  1. ehemm..ehemm..i x masuk lagi 26 kak!
    haha.ttbe kannn.

    tp sbenanye den teringin anak.=P
    *gatai*

    ReplyDelete
  2. tibatiba kan rasa macam nak satu.. :P
    ok kak nem! zurin bagi semangat ni..
    chaiyokk! hihi..

    ReplyDelete
  3. memang lu makcik2.. x dpt dinafikan fakta tuh.. pesen suka bebel. kehkehkeh..


    na. lu punya heder.. http://i292.photobucket.com/albums/mm33/paiseh/heder2.jpg?t=1295264115

    ReplyDelete
  4. mawai,
    tapi bakal masuk 26 kan? kehkehkeh.
    insya-allah. ade rezeki mawai nanti. hehe.


    zuryn kemek,
    rasa macam nak satu? ingat senang nak buat ke? hahaha.


    paiseh-dalam-hati-ada-taman,
    telinga lu tak tahan dengar gua bebel kan? hahaha.

    ReplyDelete
  5. salam kenal


    jom jalan2 my blog...http://atehqshe.blogspot.com./

    ReplyDelete