Friday, October 7, 2011

jawatan kosong!

salam hari jumaat.

sari berita penting. seorang pekerja wanita lingkungan umur-tak-kisah-berape-pun dicari bagi membantu seorang cik puan.

al-kisahnya, cik puan ni tak berape nak sihat. jadinya, beliau memerlukan seorang pembantu untuk buat kerja-kerja rumah. kata beliau lagi, tak payah masak. cuma buat kerja mengemas rumah, basuh baju, sidai baju, dengan mop rumah.

selain daripada itu, kena hantar dan mengambil askar-askar beliau ke sekolah. cik puan ni ada 3 orang askar. ketiga-tiganya adalah puteri bangsawan. yang sulung darjah 3, yang tengah kindergarten. yang bongsu, 1 tahun ++ sket.

oleh kerana kamu kena hantar dan ambil kanak-kanak dari sekolah, kamu haruslah mempunya lesen kenderaan ya? kereta jenis automatik.

masa bekerja adalah dari jam 7 pagi hingga 7 malam, kalau nak masuk pukul 8 pun boleh. tapi balik jam 8 malam jugak lah ya? kot kalau belah malam cik puan nak pergi dating sama itu tuan besar atau cik puan kena pergi hospital buat treatment, kamu kena lah jagakan kanak-kanak tersebut. jangan risau! kamu akan diberi cuti. kalau cik puan sekeluarga pergi bercuti, kamu juga akan cuti. tak perlu datang kerja.

rumah cik puan ni area kelana jaya. gaji? bermula dari RM1000.00. boleh kasik naik lagi tau kalau bagi perkhidmatan yang baik. KALAU kamu berkelakuan baik, sopan santun, tak melawan cakap cik puan, insya-Allah kamu akan dapat EPF jugak. haaaa taknak ke?

cara nak hubungi cik puan ni? emelkan segala pertanyaan atau segala butir-butir permohonan anda ke mimimuhamad@yahoo.com

jangan takut. cik puan ni baik, lembut orangnya. kalau kamu tak pijak kepala dia lah. fahamkan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

  1. bukan susah nak carik blog ko nim.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete