Friday, August 19, 2011

terbaik dari ladang.

kau nampak itu bekas?

kau tau apa ada dalam itu bekas???

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

pengat pisang beb! perrgghh.. dia punya rasa? tip top baiii. super duper sedap dan lazat.
bapak gua hirup tak pandang kiri kanan. laju je menyudu. pulak tu memang petang tu bapak gua ade pegi bazar ramadhan cari pengat pisang. tapi mahal kemain weeehhhh. satu bekas kecik, isi separuh je dah RM2. mau bapak gua tak hangin? bapak gua kabor, gamaknya orang yang jual tu nak pakai kereta BMW cepat ke hape ntah.

nak dijadikan cerita, pucuk dicita, ulam yang mendatang kan.. cik kak ni ada buat pulak pengat pisang 2 hari lepas. gua cuba jugak ngendeng-ngendeng kat beliau. kot mana tau dapat ler semangkuk dua pengat pisang ke kan. sekali dia kabor kata nak antar. syorrrgaaaa.. syooorrgggaaaa.

kisah yang bapak gua carik pengat pisang tu, gua taktau pada mulanya. bila dah cik kak tu antar ke depan rumah baru lah mak gua bocor rahsia ''haaaa.. dapat ler bapak kau makan. tadi sebok carik kat bazar ramadhan'' langkah kanan bapak gua. rezeki beliau gamaknya.

gua punya tak menyabor nak menunggu waktu berbuka. tak sabor pengat pisang tu nak sampai ke anak tekak gua. sekali bila dah rasa.... huiiiihhhhh, gua rasa nak balun sorang taknak share dengan orang lain lagi dah. cukup manis. cukup rasa. pisang pun lembut. okeh. fine. gua tulis ni pun dah kecur liur ape hal weehh?

kak..

terima kasih daun keladi.
lain kali boleh antar lagi.
kikikikikikikikikikikikiki.

4 comments:

  1. Bak sini sikit!

    Anda bersalah kerana telah melanggar Akta 506 kanun keseksaan yang telah membuatkan seorang ibu mengandung mengidam dengan hebatnya.

    Haha.

    ReplyDelete
  2. hannah,
    hahahahahaha. dah tinggal bekas tupperware je ni. camne? amik bau je kira acik tak? kekekeke.

    ReplyDelete
  3. nim,
    sedap tu sbb pengat tu dibuat dgn penuh kasih sayang tu... hiks.

    aku seram2 sejuk gak nk bg kat ko tu nim sbb memasak bulan2 puasa ni kan.
    aku main taram je.

    haha.




    .

    ReplyDelete
  4. kak tas,
    taram taram pun terbaeekkk gilak lah kak.
    hehehehe. tang penuh kasih sayang tu ai setuju benor. dah betul dah tu. jangan ubah-ubah lg. hehehe. thanx kak!

    ReplyDelete