Wednesday, August 17, 2011

aku perempuan gajah

mood nak update belog membara-bara pulak hari ni.


sebab apa?


sebab ini. pergi baca kat sana dulu. lepas tu datang sini balik.


aku rasa apa yang dia rasa. aku tau apa yang dia rasa bila orang kata dia gemok.


mungkin kau tengok aku kepala-gila-gila-ketawa-terbahak-bahak, so kau fikir kau boleh cakap apa sahaja tanpa pedulikan perasaan aku. mungkin kau fikir ''aaahh.. dia ni kepala gila-gila, mesti dia tak kisah kalau aku kutuk dia''

itu sebab selamba je kau panggil aku gajah kan? :)


hari pertama aku datang kerja lepas cuti pantang 2 bulan, seorang rakan ofis, PEREMPUAN, SAMA BAYA, BELUM KHAWIN DAN SIZE DIA LEBIH BESAR DARI AKU. oouuhh, ini aku tanya kat orang lain.

berbalik kepada seorang rakan ofis, PEREMPUAN, SAMA BAYA, BELUM KHAWIN DAN SIZE DIA LEBIH BESAR DARI AKU tadi tu, dia tegur aku

''ehh.. tak kurus-kurus pun kau lepas pantang ni''

aku senyum je. sumpah masa tu aku tak rasa apa-apa dan tak fikir apa-apa.


tapi, bila kali kedua, di kantin, depan orang ramai, dia ulang soalan yang sama tujukan kat aku, buat aku berfikir dengan laju.

aku tepuk bahu dia.

''aku badan macam ni, aku dah khawin, aku dah ada anak seorang. kau? dah khawin? dah ada anak? lain kali tengok diri sendiri dulu baru cakap orang boleh tak?'' aku tepuk bahu dia lagi 2,3 kali.


dia tergelak sendiri. ''pakwe aku suka lah badan aku macam ni''

iya? bagus lah. semoga bila lepas kau khawin nanti, dan beranak, badan kau tak 2 kali ganda dari badan kau sekarang. :)


untuk encik lelaki. ya, kau beruntung sebab dapat isteri dan tunang yang kurus dan slim. tahniah. tapi cuba bayangkan pulak, kalau Allah jodohkan kau dengan perempuan yang besar macam gajah ni, agak-agak kau, kau nak panggil tak perempuan lain dengan panggilan gajah? mesti kau tak kisah kan? mesti kau bangga kan? mesti kau akan kata ''ehhh, aku suka lah dengan perempuan yang size gajah-gajah ni'' sambil genggam tangan isteri atau tunang kau kuat-kuat. kan?

sekasar-kasar aku, aku masih perempuan. apa makna perempuan? sekasar-kasar perempuan itu pun, dia masih ada hati. masih ada perasaan. kau boleh gurau apa sahaja dengan aku, tapi kita masing-masing tahu limit dan batas kita. kan? dan bila kau panggil aku gajah sekalipun, aku masih mampu ketawa terbahak-bahak. tapi akal aku cepat berfikir, sampai bila agaknya aku nak biarkan orang permainkan aku?

ya. aku juga pernah kutuk kau. kata kau macam-macam. tapi aku tau limit. bukan berterusan.

ehh.. sebelum aku pergi jauh, aku nak bagitau. aku bukan marah. tapi aku nak kau semua tahu apa aku rasa.


mari sambung.

agak-agak kau lah kan, aku minta ke nak jadi gemok ni? kau rasa tiap-tiap hari aku doa minta dekat Allah supaya jadi gemok ke? kau tanya mana-mana perempuan, ''kau nak gemok tak?'' tak kira perempuan tu kurus atau gemok, aku berani bet apa jawapan diorang. perempuan yang dah memang sedia ada pakai baju size XS pun, kalau timbang berat naik 100gram, dah hentak-hentak kaki kata diri tu gemok. siang malam tension stress sebab ''gemok'' 100gram tadi tu. siap mogok lapar lagi. makan biskut Jacobs belah empat. 1 bahagian sarapan pagi, 1 bahagian makan tengahari, 1 bahagian minum petang, 1 bahagian yang terakhir pulak makan malam. itu pun makan sebelum pukul 8. nampak? faham?



aahhh. terima kasih lah sebab baca leteran aku ni.


p/s : Segajah-gajah aku, aku pemain netball untuk jabatan aku. pemain ya. bukan simpanan. dan jabatan aku juara bertahan. faham ape maksud juara bertahan? juara tanpa kalah berturut-turut. terima kasih.

8 comments:

  1. rapunzel,

    ehh.. kenapa sedih? jangan sedih2. kita kan kuat. :) senyum je.

    ReplyDelete
  2. terbaek!

    akak pun penah kena masa habis berpantang dulu.
    dan yg tegur tu pun masih anak dara.

    sekarang..
    anak dara itu sudah berkahwin dan beliau sudah membesar bagai johan.

    tapi akak tak pernah pulang paku buah keras.
    sendiri mau ingat je laaaaaaa...

    ReplyDelete
  3. myra miracle,
    kekeke. gua tak marah derr. gua steady senyum je lagi ni. hehe. tapi gua sedih sket. itu saja.


    kak wos,
    ucapkan tahniah untuk beliau dari daku. kekekeke.

    ReplyDelete
  4. org camtu = parasit. xsker jugaklah! leez pun kdg2, org aci tgk luaran. klu kita jenis buleh b'tepuk tampar, b'gelak sakan, diorang pikir kita nie buleh jugak dihina2 tanpa batasan. mmg xbuleh blah betul org camtu! seolah2 letak otak kat bwh tapak kaki! xkan xbuleh pikir mane yg akan wat org terasa, mana yg x?! haish!

    ReplyDelete
  5. best entry nih! rase nak suruh En. hubby bace je

    ReplyDelete
  6. areleez,
    rasa mana yang boleh lwn balik, lawan je. agak2 dah teruk sgt, diam, senyum je. hehe.


    CPI,
    uikkss.. kenapa nak bagi en.hubby baca?

    ReplyDelete