Wednesday, May 11, 2011

kerja.. kerja.. kerja!

kejap je dah hari rabu kan? bila tiba hari ahad malam tu, punye lah bercinta nak pegi kerja hari isnin. masa berlari sungguh pantas sekali.

semalam aku baca belog budak ni.. macha. pasal kerja. antara ayat dia..


" Aku rindukan masa bersenang lenang. Masa aku boleh setelkan masalah aku satu demi satu. Aku yang sekarang hammpir kepada tak mampu. Setiap masa kerja kerja kerja. Menjadikan aku sangat jeles dengan orang yang kerja gomen. Maaf cakap. Orang gomen pastinya akan marah dengan statement aku ni. "


untuk lebih terang, maksud macha orang gomen kerja relax. masuk pukul 8. balik pukul 5. hari-hari. relax yang macam mana dimaksudkan sebenarnya? relax sebab takde kerja atau relax buat kerja sambil duduk? aku jelaskan. kami pekerja gomen, buat kerja relax sambil duduk. bukan relax takde kerja. beza kan?

kami bukan tak ada kerja. ada. fail menimbun atas meja. sentiasa ada surat-surat atau fail-fail masuk yang perlu disegerakan. nak-nak lagi kau bekerja melibatkan menteri. semuanya perlu segera. kena gegas-gegas.

kerja mana pun, tetap penat. tetap akan rasa tak cukup masa.

rutin harian aku lepas pukul 5, amik adam kat umah babysitter. sampai rumah bawak dia pusing-pusing dulu, tengok bird, bagi dia rasa pegang daun. bercerita dengan dia. walaupun dia tenung muka sambil kerut-kerut dahi. haha. time-time camni lah rasa syahdu. nak incek suami ada sama-sama. tapi dia jauh.

selalunya petang-petang camtu, konfem aku tingal berdua je dengan adam. adik-adik toksah cakap, kemana ntah merayap. mak? pegi arobik. nak-nak lagi sekarang mak pegi london weight management, tu pasal rajin pegi arobik. pastu eksen-eksen kat aku kata peha dia dah kecik. T_T. aku? menggelebeh je lah sana sini. sadis.

bapak? kot jadi supir mak nak pegi mana-mana. haha.

dah nak maghrib, masuk rumah. aku suap adam makan. tapi selalunya lebih kepada adegan kejar mengejar. ggggrrrr.. lasak kemain. kena bersilat, berkuntau bagai nak bagi makan. kena pulak dia dapat cekup bubur dengan tangan. sedap je dia genggam-genggam.

letak adam dalam walker, aku bersilat kat dapur pulak. on mesin basuh. tit tit tit tit tit setting mesin basuh. keluarkan segala bahan-bahan nak masak bubur adam bekal untuk esok pulak. masak masak masak masak. sambil mulut berkicau riang jerit-jerit panggil adam. abes semua benda dia nak capai. jalan dalam walker pun dah buat macam naik kereta langgar kat funfair. semua dia redah.

bubur masak. baju dah siap basuh.

berpeluh-peluh jangan cakap lah.

tengok lah kalau time macam ni, semua orang dah ada kat rumah. adam ada orang layan. sidai baju laju-laju. lepas tu mandi.

then baru angkut adam masuk bilik.. layan dia bercakap. itu sajaha masa yang aku ada untuk dia. pukul 10 bagi adam susu, tidokan dia. hari-hari macam tu.

bila tengok muka adam time susu, time dia dah lelap, aku akan rasa sangat-sangat bersalah sebab tak cukup masa untuk layan dia. 7.30 sampai 5.30 kat rumah babysitter. dah cukup banyak masa aku terbuang. aku berani bet, ramai ibu-ibu yang KALAU boleh, nak berhenti kerja, nak jaga sendiri anak diorang. KALAU lah gaji incek suami RM10K, hari ni jugak aku berhenti kerja. semuanya KALAU. tapi aku, atau mungkin korang jugak, terpaksa terima hakikat yang kena kerja untuk tolong incek suami tampung perbelanjaan.

betapa jelesnya aku dekat ibu-ibu yang dapat tengok anak diorang 24/7.

tapi, aku boleh terima hakikat. bahagian masing-masing kan? :-)

6 comments:

  1. tapi still leh balik pukul 5 dan sabtu ahad cuti kan kak? huaaaaaa jeles.



    pis.jangan marah.

    ReplyDelete
  2. macha,
    hahahaha.. memang balik pukul 5. tapi penat dia tetap sama yang. tak marah derr.

    ReplyDelete
  3. akak baru nak save as draft entry ni sebab takde siapa komen.. hahahaha.

    ReplyDelete
  4. haha! hidup masing2 lain kan? nak terangkan satu satu hari pon malam.. kalau zurin ni cam ne pulak? masuk pukul 8.30 balek 11.30.. penat penat penat.. *geleng kepala..

    ReplyDelete
  5. bukan tanak komen,
    tapi kat ofis bizi buat kerja,
    balik rumah pulak bizi dgn budak berdua tu..

    eh, tetiba menjawab kan?
    hahaha..

    gini la idup zaman skarang dik..
    tp kalau di beri peluang, kakros pun pilih utk jaga anak di rumah..

    ReplyDelete
  6. kak wos,
    tu lah kan kak wos. ini semua dunia.. dunia!

    ReplyDelete