Monday, May 23, 2011

sila cuba buat sendiri.

sejak ada adam.. aku sentiasa fikir, apa yang terbaik untuk dia. susu apa.. pampers apa. makan apa. semua lah.. semua.

jadi.. untuk peringkat awal ni, aku buatkan sendiri flash card untuk adam. flash card yang simple-simple je. flash card A B C dengan 1 2 3.

aku buat flash card ni dah lama. rasanya masa adam umur 5 bulan kalau tak salah.

very the easy you know..

aku buat size A5 ehh? yang separuh dari A4 tu. kiranya kalau korang buat guna WORD. korang setting layout paper tu jadi landscape dulu. then pepandai korang lah bagi dua page tu. tapi aku sugestkan korang guna excel lagi mudah. sebab excel kan kita boleh tengok kalau dah terkeluar margin.

bila guna size A5 tu, senang nak simpan. dan yang lebih penting, senang nak bawak kemana-mana!

untuk huruf ABC dengan 123 tu sendiri, korang tukar-tukarlah color. color yang terang-terang. merah, oren, kuning, lite blue. ABC kan banyak huruf. masukkan je banyak-banyak color. bagi baby lagi excited tengok macam-macam color. then ada kartun-kartun lagi.

untuk buat flash card ni.. sila guna incek google image. cari gambar-gambar yang boleh tarik perhatian baby. gambar yang comel, colorful.

tips : kalau nak cari gambar, korang guna keyword - e.g monkey cartoon. yelah, baby kan suka kartun, so bila kita ajar, diorang pun excited lah tengok gambar kartun yang comel dan colorful.


dah siap design semua.. print. dan make sure, print mesti bercolor jugak. jangan hitam putih je. nak lebih tahan lama, laminate. then guna penebuk lubang. aku lebih suka guna ring file macam tu. kan senang kalau kita nak bukak flash card tu. so tak bersepah-sepah.


E for elephant sayang.. alhamdulillah, adam boleh fokus bila aku atau ayah dia ajarkan. adam akan tenung je flash card tu. kadang-kadang jari dia point kat apa yang dia tengok. which is good respon right? kadang-kadang tu dia buat-buat bunyi. aku suka anggap dia tengah ikot sebut apa yang aku tengah ajar. atau maybe dia tengah bertanyakan apa-apa.

contoh : A for apple sayang.. then adam respon "uuhh..uuhh'', so aku akan respon balik, apple is red color. apple kita boleh makan sayang. kan ibu pernah suap adam makan apple.

* sila abaikan keadaan yang kucar kacir kat belakang tu. dengan hanger, sepit baju pun ade. budak kecik ni tolong lipat baju.

kalau untuk 123 pulak.. sambil kita ajar dia sebut nombor-nombor tu, kita ajar dia kira sekali.

5.. 5 batang pensel. 1 2 3 4 5 - kita point pensel-pensel tu. ulang lagi 5 batang pensel.

untuk huruf-huruf jawi je aku tak dapat nak buat sendiri. aku dok google jugak untuk huruf jawi. tapi takde. kalau korang ade keyboard yang huruf jawi lagi bagus. boleh buat sendiri jugak. untuk yang huruf jawi tu, ayah adam dah belikan macam yang poster tu. itu pun aku ada rasa macam nak potong-potongkan jadi flash card. hehehe. senang nak bawak sana sini. nak bagi dia leka dalam car seat ke.

oouuhh ya. dah lepas korang laminate tu, gunting sket ujung-ujung plastik tu. jadikan bentuk lekuk. tajam kan. bahaya untuk baby.

aku masih simpan lagi soft copy ABC dengan 123 tu. kalau korang nak, bagi lah emel. aku boleh sharekan.

kalau nak buat sendiri, lagi dialu-alukan. konfem kita akan rasa best je dapat buat sendiri untuk anak kita belajar.

selamat mencuba!

10 comments:

  1. bagus2.
    kretipnya mama adam.


    tak dikoyaknya nim...?

    :)


    .

    ReplyDelete
  2. kak tas,
    muahahah.. koyak idak. masuk mulut ade! hahaha.

    ReplyDelete
  3. ini 3. ini 8.
    *sambil tunjuk kat saiz sluar jeans lu kn?

    ReplyDelete
  4. paiseh,
    muahahahaha.. tak menjadi derr. size gua 30 saja. hahaha.

    ReplyDelete
  5. lagi best kalau anim tlg buatkan..
    nak address rumah kak ros?

    ReplyDelete
  6. so cute bile tgk adam fokus org ajar. ase nak gomol2. mesti tacing kan? berbaloi..

    ReplyDelete
  7. kak wos,
    kekekeke.. soft copy dah ade. akak supply kertas laminate. okeh? hehehe. meh lah alamat.


    myra paiseh,
    yep sayang.. sgt kembang2 hati bila tgk dia focus camtu. hehe.

    ReplyDelete
  8. hahaha! apa kata nanti bila adam dah pandai semua tu akak simpan dalam kotak cantik2. Nanti bila turn zurin senang.. :D

    ReplyDelete
  9. zurin,
    hewaahhh.. hewaahhh.. konfem ke? ye ke? konfem ke? hahahaha.

    ReplyDelete
  10. Salam..boleh x anto soft copy ke fb Murniwati Awang.. Berminat laa nak buat jg..

    ReplyDelete