Thursday, June 2, 2011

tak rapat ke? rapaaaaaaattt lah.

ehemm.. ehemm.

seperti yang korang semua dah sedia maklum, ayah adam kan dok jauh-jauh kan. T_T
batu pahat tu kira jauuuuuuuuuhhhh lah kan. dari sana biasanya ayah adam gerak balik dalam pukul 5 petang. kang pukul 7 atau lebih sikit baru sampai rumah. ayah adam balik jumaat petang. dan pergi kerja isnin subuh.

so, tambah tolak bahagi darab, adam dapat jumpa ayah dia lebih kurang 3 hari lebih sikit. lebih sikit tu kalau subuh isnin adam dah terjaga lah kan.

ada orang kata, takut adam tak rapat dengan ayah dia sebab dok jauh-jauh, jarang jumpa.

jawapan aku, TIDAK.

kenapa?

sebab bila ayah adam balik, ibu dia ni haaaa dah tak laku lagi dah.

macam mana aku buat?

macam ni. start dari hari jumaat maghrib ayah adam sampai rumah, aku biarkan dulu ayah adam mandi, makan dan buat segala apa yang patut dulu. bila dah setle semua tu, aku pass batton adam kat ayah dia. maksud disini, aku biarkan ayah dia layan adam. biarkan ayah dia main-main dengan adam.

ehh.. masa ayah adam mandi atau makan tu, aku suap adam makan. bagi dia makan kenyang-kenyang.

okeh. dah kenyang makan. dah penat memain. masa untuk tidur.

ayah adam buatkan susu. dah siap susu, check pulak pampers adam. kalau dah berat. tukar. lap-lap sikit muka adam. melekit dah bergasak tadi.

start dari ayah adam bagi susu, sampai lah tukar pampers. lepas tu tidurkan adam. semua ayah adam buat. adam terjaga tengah malam nak susu? pun ayah dia yang bangun, buatkan susu, bagi susu, tidurkan adam balik.

esok pagi. adam bangun. mandikan adam. pun ayah dia mandikan. pakaikan baju je aku. gilir-gilir lah kan? aku takde lah kejam sangat semua benda nak ayah dia yang buatkan.

buat breakfast untuk ayah adam. masak bubur untuk adam. so, bila time ayah dia breakfast, adam buleh dok sama kat meja makan.

begitulah seterusnya sampai ke isnin subuh.

dan. taktik tu aku rasa berkesan adam sangat rapat dengan ayah dia.

pernah sekali aku tengah suap adam makan. adam pegang kertas. time aku nak suap dia makan, time tu jugak lah dia sibuk nak masukkan kertas dalam mulut. aku tarik, dia jerit. aku tarik, dia jerit.

ayah adam sampai. aku suruh ayah dia amik kertas tu. tau ape jadi?

adam tak jerit. adam senyum sengih-sengih dengan ayah dia. dan kalau ayah dia dah dukung adam, aku hulur tangan nak dukung dia, jangan harap dia nak pandang muka aku. kahkahkah. padan muka aku.

ayah dia lah rajin layan bacakan ABC untuk adam. bergasak dalam komforter atas katil. hah! tu lah part yang paling ayah dia suka buat. kang kejap je aku tengok dah senyap. mana pergi dua beranak ni. pintu bilik tutup ni. apa buat? kau bukak je pintu, kau akan nampak ini dua beranak tengah bergumpal dalam komforter.

bila tiba isnin malam je, dah tinggal aku berdua dengan adam. aku layanlah jugak adam. tapi aku rasa, aku lebih perlukan ayah dia untuk layan adam. bila pandang muka adam tu, haaaiiisshhh.. kesian dia. tak sama macam baby-baby lain. balik kerja, terus ayah terkam main guling-guling. adam kena tunggu jumaat maghrib baru dapat jumpa ayah.

thats why.. aku ''lepaskan'' adam kat ayah dia.

adam mesti rindu ayah dia. dan paling konfem jugak, ayah adam sangat-sangat rindu kat adam dari isnin malam sampai khamis malam.

aku selalu sangat cakap dengan adam ''where's ayah adam? where's ayah? ayah work.. ayah work jauh tau. jumaat nanti ayah balik, adam main-main lah dengan ayah. ye sayang? anak ibu ni good kan? ibu tau adam good. adam teman ibu masa ayah takde tau''

damn. sayu.

hari ni khamis ya? esok dah jumaat kan?

:)

No comments:

Post a Comment