Monday, June 27, 2011

padan muka aku.

haaa.. padan muka kau.





pergilah tidur lagi. padan muka.





orang lain pergi makan KFC, ko makan lah nasi goreng cili padi letak telur mata sorang-sorang.





padan muka.

Friday, June 24, 2011

ganjaran

lepas dah cerita perasaan semasa mengandung, sekarang nak cerita perasaan dan keadaan selepas bersalin.

bukan cerita dalam pantang.

tapi cerita selepas-selepas dah ada adam.

masa mengandung. aku tak pernah fikir atau tak terfikir yang adam akan jadi kesayangan family aku. sebab apa? sebab parents aku tak pernah tunjuk yang diorang excited tunggu aku bersalin. never. semua relax je.

bila tiba hari aku nak bersalin, aku pergi senyap-senyap. sebab waktu subuh.

dan apa yang aku fikir selama ni, berubah automatik selepas aku bersalin.

semua rebutkan adam. semua sibukkan adam. dan yang paling terkejutkan aku sekali adalah bapak aku. iya. sangat terkejut. bapak aku yang the only person tak pernah tanya dan ambil tahu pasal aku. maksudnya, dia tak pernah tunjuk perasaan excited dia.

sekarang, adam dia punya. haha. sanggup mop lantai rumah hari-hari sebab taknak adam merangkak dalam rumah dengan keadaan lantai berhabuk. sanggup lap palang-palang pagar rumah (satu-satu) sebab adam nak round naik walker. dan juga lantai kat depan rumah. semua untuk adam.

adam tumpahkan air atau makanan "takpe..takpe.bapak lap''

amazing. cuba aku atau adik-adik yang buat. haaa.. naya! memang kena lap sendiri. jadi, mari kita gunakan adam! haha. apa pun yang tumpah ''adam yang tumpahkan" haha. mak pun dah pandai sound ''pandai ehh guna nama adam''

setiap malam, bapak akan ''pinjam'' adam. bawak masuk bilik, layan adam. bawak segala mainan adam. bola. kereta. buku-buku. mak panggil makan pun kata nanti. pernah sekali, dah amik pinggan pun letak atas meja. tapi pergi kat ruang tamu layan adam. ''bapak nak makan, makan lah dulu.jap lagi anim nak masak bubur adam'' bapak jawab ''takpe.. takpe. pergi masak bubur dia''

ini rutin bapak setiap pagi. siap cepat-cepat, panaskan enjin kereta, terus ambil adam pergi luar tunjuk bird. haha. tunjuk kereta lalu. tunjuk motor lalu.

boleh nampak apa bapak buat? tak berhenti terus-terus cium adam.

ini pemandangan yang paling indah setiap pagi. bapak takkan pernah miss untuk bawak adam tengok kereta lalu lalang. haha!

emak? pun sama. setiap masa nak jengah adam. bangun pagi pisat-pisat jengah adam. tengah-tengah malam, curi-curi bukak pintu jengah adam. dah lambat nak pergi kerja tengah iron baju, pun masih nak jengah agah-agah adam lagi. lepas tu cakap ''caaakk..caakk..semua kerja tak jadi'' dan selalu cakap ''ni budak kenit ni.. sayang dia ni'' oouuhh ya, selepas adegan bapak bawak adam tengok kereta lalu, bapak akan bagi adam dekat emak duduk seat belakang. ibu kat depan kalau nak cakap-cakap dengan adam kena pusingkan badan ke belakang. T_T tapi tak apa! sebab saya tau, semua orang sayang adam.

percaya atau tidak. adik lelaki aku umur 15 tahun yang kaki dia tau sepak bola je, pun pandai tidurkan adam. pada ketika aku lihat sendiri saat-saat manis ni, sumpah mata dah kaca-kaca tahan nangis. tak sangka, adam lahir penuh dan kaya dengan kasih sayang.

adik lelaki no.3, yang hati keras tak pernah tunjuk kasih sayang, tiba-tiba jadi seorang yang sukakan baby. setiap masa tanyakan adam. bangun pagi nak pergi kerja, mata pisat-pisat, jalan huyung hayang, cari adam dulu. walaupun adam tidur dalam playpen, dia akan duduk perhatikan je adam tidur. damn! tulis ni pun rasa nak nangis. paling tidak, dia akan usik-usik pipi adam. tapi bila adam berak, dia orang pertama yang akan lari jauh-jauh. terus taknak dukung adam. haha!

adik no.2 jangan cakap lah.. hingus adam pun dia sedut pakai mulut dia sendiri. sila percaya. taik hidung adam dia yang bersihkan. ''aku nak pergi mydin kejap beli susu dengan pampers adam. ko jagakan sekejap boleh?" adik jawab ''pergilah.. lama pun takpe''

nenek yang tangan gigil-gigil pun sedaya upaya nak dukung, cium-cium, gomol-gomol adam. sayangnya arwah atuk dah tak ada. ;(

tak perlu hadiah yang mahal-mahal untuk adam. cukup dengan kasih sayang yang korang bagi.

terima kasih.

Wednesday, June 22, 2011

pengakuan ikhlas dan jujur.

hari ni rasa macam nak bocorkan rahsia lah.

rahsia apa yang aku rasa masa mula-mula dapat tau aku pregnant.

tarikh kawin aku 7 november. last period 21 oktober. which is kalau dikira-kira, tarikh aku kawin itu lah tarikh subur aku.

3 minggu lepas kawin, aku tak period. okeh. hati debar-debar. nervous. tapi tidak mengharap apa-apa. sengaja lewatkan seminggu. masih tidak period.

incek suami nak pulang. tanya dia ''berani beli pregnancy test?'' incek suami sudah excited? aku? masih tidak rasa apa-apa.

malam. masa mandi. test. 2 line!

dan bermula dari situ lah perasaan bercampur baur. lebih kepada nak menangis. bukan kerana gembira. aku sendiri tak tau kenapa mesti aku menangis. takut mungkin. dalam hati lebih kata 'aku belum ready!'. padahal, sebelum kawin aku sangat-sangat excited untuk pregnant. mungkin dah rasa bestnya hidup berdua dengan suami. belum puas.

bila aku tunjukkan result pregnancy test kat incek suami, dia terus peluk dan cium aku bertalu-talu. aku hanya mampu diam je. diam. senyum. tapi tak manis. menangis. kerana takut. belum puas nak ngendeng2 dengan suami. impian aku nak berjalan merata tempat berdua dengan suami belum tercapai. macam mana ni? macam mana?

kadang-kadang datang rasa happy sangat.. kadang-kadang rasa stress sampai satu tahap rasa nak abort kan saje! sesungguhnya itu yang aku rasa. stress dengan keadaan yang tak boleh bau makanan. stress dengan sakit pinggang. stress dengan pening dan mabuk. dan yang paling stress, ade orang pesan macam-macam. itu tak boleh. ini tak boleh. pergi sana tak boleh. pergi sini tak boleh. stress sebab kebebasan aku nak bergerak tersekat. stress tak boleh makan itu. stress tak boleh makan ini. aku jadi sangat-sangat pemarah.

aku jadi benci dekat incek suami. benci yang teramat sangat. sebab dia lah punca aku jadi macam ni. haha!

aku benci nak tengok muka dia. benci nak bercakap dengan dia kat telefon. benci nak reply sms dia. sesungguhnya aku banyak dosa masa awal-awal pregnant. tapi incek suami kental. dia buat pekak je bila aku marah-marah dia, dia buat taktau je bila aku tinggi suara. lagi aku kata jangan balik rumah, aku benci tengok muka kau. lagi dia balik tunjukkan muka dia depan aku.

aku jadi sangat memberontak. bila makcik incek suami larang aku pergi sesuatu tempat tu, aku mengamuk. aku stress terlampau sangat. semua tak boleh. aku persoalkan kenapa mengandung ni menyusahkan? nak buat semua benda dilarang. aku tersekat. nak pergi jalan jauh, macam-macam benda kena fikir. selamat ke kandungan aku kalau jalan jauh-jauh? bila decide tak pergi, terus moody. terus marah-marah. menangis hampir setiap malam sebab rasa pregnant ni menyusahkan.

dan saat pertama kali aku rasa baby bergerak dalam perut, semua rasa marah, benci, takut hilang! amazing. miracle. itu kuasa Allah. terus rasa tak sabar nak tengok muka baby. terus main teka-teka dengan incek suami baby girl atau baby boy. berebut! haha.

bila adam lahir. seluruh kasih sayang, hati aku semua untuk adam. semua. kalau dulu benci, marah. tapi bila tengok muka adam pertama kali, aku menangis. kali ni menangis gembira! terus simpan dalam hati, aku sanggup tukar nyawa aku demi adam. biar aku yang sakit, demam. bukan adam. aku nak terus tengok dia senyum. ketawa. tiap-tiap hari tunggu jam 5 petang nak balik kerja cepat-cepat. dan kesekian kalinya mulut aku akan cakap ''kalaulah gaji incek suami rm10k, sekarang jugak aku berhenti kerja.'' aku nak tengok adam setiap masa. aku nak tengok dia senyum. aku nak adam ada depan mata aku 24 jam tiap-tiap hari. taknak terlepas walau seminit pun. aku nak jadi orang pertama tengok dia pandai berjalan. aku nak jadi orang pertama dengar dia pandai bercakap. aku jadi kedekut untuk share adam dengan orang lain. haha.

dan sekarang, perasaan ingin mengandung lagi tu ada. tapi, nanti lah. nanti. haha! bagi kukuhkan dulu ekonomi rumahtangga. aku nak limpahkan kasih sayang sebanyak-banyaknya dekat adam. aku jadi ''kedekut'' untuk share sayang aku dengan adik adam nanti. haha. aku taknak tumpuan aku hilang dekat adam bila sibuk dengan baby baru nanti. aku nak tengok adam manja dengan aku. aku nak tengok bagaimana dia lari dapatkan aku untuk mengadu. aku nak beri perhatian dan tumpuan kat adam saja time tu. aku taknak adam rasa tersisih.

senyuman yang sentiasa buat aku rasa cair. marah mana pun, konfem cair.

adam zikri. yang dulunya aku benci. tapi sekarang, jangan berani usik anak aku. langkah mayat aku dulu.


Friday, June 17, 2011

pakej lengkap.

13 jun lepas, hari lahir ayah adam. happy birthday love!

sebelum tiba 13 jun, aku asik cakap ''sorie, takde hadiah tahun ni.''

ayah adam akan balas ''takpe. janji ibu dengan adam ade dengan ayah cukuplah''

tapi, padahal hadiah dah selamat disorokkan dalam almari kat belakang-belakang baju. haha!

okeh. tiba hari 13 jun. isnin. kami cuti. weeeeee..! bangun pagi siap-siap sebab kebetulan sama tarikh dengan adam checkup.

hati dah cuak-cuak excited nak letak hadiah kat seat kereta ni. riben je belum ikan kat paper beg. camne ni? camne ni? camne ni?

sementara ayah adam leka bawak adam tengok bird kat luar, aku bawak lari hadiah kat bilik mak. riben pulak tak jumpa. ayah adam yang kemas. takkan nak tanya dia plak kan? takpe. takpe. kita cari slow-slow.

bila riben dah jumpa. dok tengah ukur panjang mana nak potong, ayah adam masuk bilik
''nak buat ape dengan riben ni?''

''tak..riben ni dah terkeluar-keluar, so nak betulkan'' - padahal gunting kat tangan. lantaklah jawapan logik ke tak logik. kahkahkah!

laju-laju masuk bilik mak balik, ikat riben siap-siap.

''ayah, ibu mandi dulu ehh? ayah tengokkan adam kejap tau''

tak boleh suruh ayah adam mandi dulu, nanti cemane aku nak letak kat seat kereta. sebab aku plan nak letak hadiah time dia mandi. kalau dia mandi dulu, then aku letak hadiah, lepas tu aku pulak mandi, tak best lah.

so, bila aku dah sudah mandi, ayah adam pulak mandi. by the time dia mandi, laju-laju aku pegi letak hadiah. selalunya lepas ayah adam dah siap, dia akan masukkan barang-barang dalam keter then panaskan enjin.

time tu aku kat dalam bilik dah tersenyum-senyum dah ni. buat-buatklah cover layan adam. betul-betulkan tudung.

tau-tau je ayah adam masuk bilik, cium-cium pipi. kekekekeke.


ayat ni kengkonon adam yang tulis lah..



ahad ni fathers day ehh?

ayah adam dah jadi father kan? apekebendalahayatakuni.

selamat hari bapa untuk ayah adam.

terima kasih sebab sayang adam.

terima kasih sebab belikan adam susu dengan pampers.

terima kasih sebab selalu main-main dengan adam.

terima kasih sebab mandikan adam.

terima kasih sebab bagi adam susu tengah-tengah malam.

terima kasih ayah.


2 hero kesayangan hamba.


gambar yang atas dengan yang ni sama ke haaaa? hahaha.




lepas satu gaya, satu gaya lain ini hero kecik tido.. sedap je dia landing celah ketiak ayah dia.



ini ape pesen ni? tetap lena tido.

Thursday, June 16, 2011

Thursday, June 2, 2011

tak rapat ke? rapaaaaaaattt lah.

ehemm.. ehemm.

seperti yang korang semua dah sedia maklum, ayah adam kan dok jauh-jauh kan. T_T
batu pahat tu kira jauuuuuuuuuhhhh lah kan. dari sana biasanya ayah adam gerak balik dalam pukul 5 petang. kang pukul 7 atau lebih sikit baru sampai rumah. ayah adam balik jumaat petang. dan pergi kerja isnin subuh.

so, tambah tolak bahagi darab, adam dapat jumpa ayah dia lebih kurang 3 hari lebih sikit. lebih sikit tu kalau subuh isnin adam dah terjaga lah kan.

ada orang kata, takut adam tak rapat dengan ayah dia sebab dok jauh-jauh, jarang jumpa.

jawapan aku, TIDAK.

kenapa?

sebab bila ayah adam balik, ibu dia ni haaaa dah tak laku lagi dah.

macam mana aku buat?

macam ni. start dari hari jumaat maghrib ayah adam sampai rumah, aku biarkan dulu ayah adam mandi, makan dan buat segala apa yang patut dulu. bila dah setle semua tu, aku pass batton adam kat ayah dia. maksud disini, aku biarkan ayah dia layan adam. biarkan ayah dia main-main dengan adam.

ehh.. masa ayah adam mandi atau makan tu, aku suap adam makan. bagi dia makan kenyang-kenyang.

okeh. dah kenyang makan. dah penat memain. masa untuk tidur.

ayah adam buatkan susu. dah siap susu, check pulak pampers adam. kalau dah berat. tukar. lap-lap sikit muka adam. melekit dah bergasak tadi.

start dari ayah adam bagi susu, sampai lah tukar pampers. lepas tu tidurkan adam. semua ayah adam buat. adam terjaga tengah malam nak susu? pun ayah dia yang bangun, buatkan susu, bagi susu, tidurkan adam balik.

esok pagi. adam bangun. mandikan adam. pun ayah dia mandikan. pakaikan baju je aku. gilir-gilir lah kan? aku takde lah kejam sangat semua benda nak ayah dia yang buatkan.

buat breakfast untuk ayah adam. masak bubur untuk adam. so, bila time ayah dia breakfast, adam buleh dok sama kat meja makan.

begitulah seterusnya sampai ke isnin subuh.

dan. taktik tu aku rasa berkesan adam sangat rapat dengan ayah dia.

pernah sekali aku tengah suap adam makan. adam pegang kertas. time aku nak suap dia makan, time tu jugak lah dia sibuk nak masukkan kertas dalam mulut. aku tarik, dia jerit. aku tarik, dia jerit.

ayah adam sampai. aku suruh ayah dia amik kertas tu. tau ape jadi?

adam tak jerit. adam senyum sengih-sengih dengan ayah dia. dan kalau ayah dia dah dukung adam, aku hulur tangan nak dukung dia, jangan harap dia nak pandang muka aku. kahkahkah. padan muka aku.

ayah dia lah rajin layan bacakan ABC untuk adam. bergasak dalam komforter atas katil. hah! tu lah part yang paling ayah dia suka buat. kang kejap je aku tengok dah senyap. mana pergi dua beranak ni. pintu bilik tutup ni. apa buat? kau bukak je pintu, kau akan nampak ini dua beranak tengah bergumpal dalam komforter.

bila tiba isnin malam je, dah tinggal aku berdua dengan adam. aku layanlah jugak adam. tapi aku rasa, aku lebih perlukan ayah dia untuk layan adam. bila pandang muka adam tu, haaaiiisshhh.. kesian dia. tak sama macam baby-baby lain. balik kerja, terus ayah terkam main guling-guling. adam kena tunggu jumaat maghrib baru dapat jumpa ayah.

thats why.. aku ''lepaskan'' adam kat ayah dia.

adam mesti rindu ayah dia. dan paling konfem jugak, ayah adam sangat-sangat rindu kat adam dari isnin malam sampai khamis malam.

aku selalu sangat cakap dengan adam ''where's ayah adam? where's ayah? ayah work.. ayah work jauh tau. jumaat nanti ayah balik, adam main-main lah dengan ayah. ye sayang? anak ibu ni good kan? ibu tau adam good. adam teman ibu masa ayah takde tau''

damn. sayu.

hari ni khamis ya? esok dah jumaat kan?

:)