Tuesday, March 22, 2011

aku ni hidup menumpang je..!

okeh.. mari menaip laju-laju.


aku pantang.. pantang.. sangat-sangat pantang bila ade je orang dok perlekehkan kami-kami yang dah kawin ni dan masih duduk menumpang di rumah emak. katanya senang hidup kami.

ehh.. cik kak. tak semestinya hidup kami senang dan lenang sampaikan boleh duduk goyang kaki tak payah buat apa-apa. ingat kami tak payah keluar duit ke?

pada aku istilah duduk...errm,lebih senang aku guna perkataan menumpang je lah. menumpang dekat rumah emak sekadar TUMPANG TIDUR SAHAJA. sebab benda-benda yang lain aku masih dan tetap buat sendiri. basuh baju sendiri. semua barang-barang aku beli sendiri. aku bukan bodoh nak menghambakan emak aku untuk buat semua kerja tu.

pasal makan. emak aku bekerja. segala lauk-lauk adalah dibeli. memang rumah aku jarang sangat-sangat masak. bila tiba hujung minggu kan banyak kenduri kawen. maka. tidak masak juga.

jangan sesekali kamu nak judge kami yang masih menumpang rumah mak bapak ni sebagai ambil kesempatan.

semalam banyak sangat benda aku nak tarbiahkan.. tapi bila dah sampai masa nak menaip ni semua ayat-ayat dah hanyut ke laut. gggrrrrr...!

aku kat melaka. incek suami kat batu pahat. consider lah sikit kot ya pun kalau nak suruh aku dok sendiri. aku rasa kau tu pun, kalau laki kau dok jauh, belum tentu kau nak dok kat umah sendiri. sorang-sorang. kan?


kau ingat aku lepas tangan semua hal ke bila menumpang kat rumah emak ni? makanan anak aku, aku masak sendiri. baju anak, baju aku, even baju incek suami yang balik semingu sekali tu pun aku basuh sendiri.

setahu aku, kau pun jarang jugak masak kat rumah. asik tanya kat pasar malam tempat aku ape yang best.

gggrrr...ggrrrr.. kan aku dah membebel panjang.

segala mandi anak, susu anak, bagi makan anak, tukar pampers anak.. semua aku buat sendiri. aku ulang lagi sekali. aku buat sendiri. even adik aku tengah memain dengan adam pun aku rasa bersalah. rasa macam aku ni tak mampu sangat nak layan anak sampaikan adik aku pulak yang kena layan dia. bodoh tak aku rasa sampai camtu sekali?? sebab apa aku rasa macam tu? sebab aku taknak nanti orang kata aku amik kesempatan pulak suruh adik layan anak aku. patut tak aku rasa camtu?

aku memang yakin sangat semua.. SEMUA ibu-ibu memang akan rasa penat buat kerja rumah. kerja rumah yang memang takkan abis.

sedangkan akak sayang aku ni yang memang fully housewife pun stress dan memerlukan ''me'' time, inikan pulak kita-kita yang bekerja dari jam 8 sampai jam 5 petang tak penat? semua orang penat. tapi boleh tak kau jangan nak perlekehkan kami yang MENUMPANG di rumah emak?

3 comments:

  1. akak org yang mengata tue sebenarnya bengong..tau nak mengata je..tak jdik kat diri sendrik mmg lah tak tau situasi org len..(saya lak yang emosi)

    akhir kata kak..biaqkan org tue ngan perangai dia..satu hari nantik kena kat muka sendrik baru tau..

    -p/s-(akak entry kat bawah bila wanna klik nk lebih jelas..tak boleh pon..ke computer wanna yang blurr mcm tuan dia??)

    ReplyDelete
  2. wanna sayang,
    memang tengah biarkan pun orang camtu. tu sebab aku tak respon pun komen dia. hehe.

    errkk.. ye ke? ntah. akak tak try klik plak.

    ReplyDelete
  3. wanna,
    a'ahh lah tak boleh nak klik. taktau kenapa. hehehe. sorie ek. nti akak try adjust balik.

    ReplyDelete