Thursday, March 31, 2011

AKU SEORANG YANG CACAT

isu breastfeed ni memang tak sudah2 lagi ye?

pagi ni bila aku korek sana.. korek sini. terjengah pulak kat rumah dia ni.



suka-suka hati kau je nak panggil ibu-ibu yang takde susu ni cacat. kau siapa nak tentukan orang tu cacat atau tidak? kau sedar tak nikmat susu ibu yang kau dok perah-perah tu, bila-bila masa saja Allah boleh tarik balik? kau sedar atau tidak yang sebenarnya Allah tengah menguji kau atas nikmat yang Dia berikan? kau sedar atau tidak yang Allah nak uji sama ada kau bongkak atau takbur dengan kelebihan yang kau ada?

kau sedar atau tidak yang sebenarnya kau dah gagal dalam ujian yang Allah beri tu?

kau sedar atau tidak?

kau pernah dengar rezeki masing-masing atau bahagian masing-masing? itu rezeki kau. itu bahagian kau. kau pernah tau atau tidak ibu-ibu yang tidak mampu nak BF kan anaknya, rasa cemburu dengan kelebihan yang kau ada?

pernah atau tidak kau tahu yang breast aku sampai melecet? melecet. pedih. dan sakit. sebab aku perah guna tangan. pernah kau tahu? pernah kau tahu bagaimana aku menangis tahan sakit untuk keluarkan susu demi mengenyangkan anak aku?

pernah kau tahu yang aku cemburu dengan rakan sekerja yang hari-hari sibuk pump susunya? pernah kau tahu aku mengadap rakan sekerja pump susu dia sebab terlalu kagum? tapi bukan rezeki aku. faham? bukan rezeki aku.

aku bukan seorang ibu yang sanggup tengok dan dengar anak aku menangis kelaparan.. sedangkan susu badan langsung tidak ada. dan masih berkeras untuk tidak bagi anak aku susu FM. oouuhh.. jangan bagi susu FM. jangan. jangan. nanti anak macam lembu. kan?

kau ingat aku suka menghabiskan beratus-ratus duit setiap bulan untuk beli susu FM?

TAPI.. kita berbalik pada REZEKI. bukan rezeki aku untuk terus BF anak aku.

kau faham ape maksud rezeki?

''SALAHKAH SAYA MEMBERI NASIHAT KEPADA IBU2 YANG INGIN MENAMBAHKAN SUSU BADAN?''

kau bertanyakan soalan ini.. aku ada jawapannya. TIDAK. tidak ada salahnya. yang salahnya cara kau menasihati ibu-ibu tersebut. kau ibu kepada 10 orang anak yang kesemuanya BF ke sampai kau mahu melabel ibu-ibu yang tiada susu itu cacat?

kau sedar atau tidak yang kau baru 4 bulan sahaja BF kan anak kau? sedar atau tidak? apa perasaan kau kalau esok pagi kau bangun, nak BF kan anak kau, TAPI tiada setitik pun yang keluar. macam mana? kau pun cacat juga ke? cacat lah kan. sebab ayat kau ''IBU-IBU YANG TIADA SUSU ADALAH CACAT''.


''ADAKAH PERLU SAYA MEMBUANG SEMUA SUSU BADAN SAYA UNTUK MEMUASKAN HATI ANDA?''
- sesungguhnya aku kematian kata-kata dengan ayat kau ni.

''ADAKAH SAYA PERLU BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA TARIK NIKMAT MENYUSUKAN ANAK WALAUPUN DALAM BOTOL DEMI MEMUASKAN HATI ANDA?''
- ini yang perlu kau takut sekali. kerana apa? kerana kau terlalu bongkak dengan kelebihan yang Allah berikan kepada kau. tak perlu kau berdoa, Allah sendiri bila-bila masa saja boleh tarik balik. sebab? kau takbur. kau bongkak. kau berlagak dengan kelebihan kau.

pernah kau tahu sepanjang tempoh 2 bulan berpantang aku tiada gaji? pernah kau tahu bagaimana usaha aku untuk menambahkan susu badan bagi mengurangkan beban suami? pernah kau tahu aku telan lobak putih yang pahit tu? pernah kau tahu aku minum bergelen-gelen air masak? pernah kau tahu aku rebus longan kering? pernah kau tahu aku minum milo bertin-tin?

Allah dah tentukan kelebihan aku untuk BF kan anak aku selama 2 bulan saja. bukan rezeki aku.

bukan rezeki aku.
bukan rezeki aku.
bukan rezeki aku.

faham?

bukan rezeki aku.

13 comments:

  1. Die x faham maksud 'cacat'. Nak kene ajar sikit. Tak apalah. Sekarang rezeki dia. Tuhan tarik balik, barulah die faham maksud cacat tuh. Huh.

    ReplyDelete
  2. rileks beb.
    aku dulu pun menyusu budak MC tak lama.
    dia punya menyedut ya amat kuat sampai berdarah nipple aku.
    susu tak banyak.

    betul la tu.
    rezeki masing2.




    .

    ReplyDelete
  3. salam...

    setuju ngan awak. saya pun bukan takmo BF kedua2 anak saya. tapi rezeki takat dua minggu paling lama. itu pun puas dipam..sampai satu tahap doc pun suggest saya bagi susu formula je. ikutkan hati mmg nak BF..

    pasal orang yang kater kiter ni cacat..saya dah maafkan dier .maybe perasaan riak menguasai diri buat dier mengeluarkan kata2 camtu kan. keghairah menimang cahaya mata baru...jangan Allah tarik balik nikmat itu udah ler..

    salam kenal taw...

    ReplyDelete
  4. amboi!!! sesedap je kata kawan aku n sapa yg tak da susu badan tu cacat.ko tak belajar sains ke minah oiii!!!!! susu badan tu ikut pemakanan ibu dan baby jugak.dan juga..of cos lah rezeki dari Allah. yg ko suka2 kata cacat tu ko ade bukti saintifik ke????? kalau nak bercakap tu..biar lah ade fakta minah oiii. org yg macam ni lah aku hangin ni..jenis bongkak n riak. ingat...rezeki tu Allah boleh tarik bile2 masa saje taw. huh. tgk..aku dah emo.hahhahhaha :P

    ReplyDelete
  5. salam bloggers...chill kay...mmg Nana dah tersilap cakap dan create satu fenomena panas...tapi dia dah buat public apology dalam fanpage/hatepage kat fesbuk...;)

    ReplyDelete
  6. hi babe.. i pun tersentap dgn that girl yg ckp pompuan tak blh bf ni cacat! hahaha... but for me, i think mak yg giler dan tak betul jer yg tak nak bf anak dia... we tried our hard.. but like u.. i think kita takde rezeki.. maybe rezeki kita bukan yg ini, but later, rezeki anak kita in future, perhaps lagi mencurah2 dr dia.. chill! take care!

    ReplyDelete
  7. Waaa...hebat ayat2 akak tu..betul2 kak..sy baca N3 dia terus sebak kat dlm hati..ape hina sgt ke bg anak sndiri susu FM..ape sempurna sgt ke kalau bg anak BF sje..rezeki dtg dr tuhan bukan dr manusia sndiri..

    ReplyDelete
  8. pegi toilet dulu sebelum balas komen2 ni.. hahaha.


    yantie,
    1 hari nanti akan kena kat batang idung dia sndri. then baru dia paham.


    kak tasek,
    kita ibu2 ni sangup je kan hadap tu semua utk BF kan anak?


    mummysyafie,
    kan? kalau kita mmg dah takde susu badan, takkan kita nak seksa anak biar lapar. ya allah, part ni yang saya betul2 tak tahan. tidak ade seorang pun ibu2 yang sangup biarkan anak dia kelaparan. takkan kerana ego kita yang nakkan BF, sangup dgr dia menangis lapar. sanggup ke?


    aima,
    belum tiba masa dia lagi.. dia terlalu bongkak.


    mrs.fingers,
    takde sape pun yang marahkan dia nak BF anak dia. yang kita marah sebab bahasa atau perkataan yang dia guna. semua ibu2 kat dunia ni menyokong penuh BF ni. tapi kita jangan bongkak. dan mintak maaf pun biarlah ikhlas.


    mrs.amie,
    first time baca, terus rasa darah penuh kat muka. panas je rasa. takkan sebab Tuhan dah tentukan kita takde susu, then kita tak boleh nak cari alternatif lain untuk kenyangkan anak. again, takde ibu yang sangup biarkan anak dia lapar.


    mummy aish,
    sungguh tiada kata lagi yang boleh ditulis. biarlah dia dengan dunia bongkak dia. biarkan. hari dia akan tiba nanti.

    ReplyDelete
  9. i baru baca komen dia. get too emotional. she speaks like she knows everything where she's only a mother of a 4 months baby. im a mother of 2. ingat tak try mcm2 cara ke nak bf anak? ive done most of the things that uve done. minum air longan rebus, minum air rebus sayur ape ke bende tah. minum air milo bergelen2. minum air soya. n my 2nd baby has soft natal teeth. he has problem to latch but he actually wanted too. cume tak dpt. sbb gusi dia sakit etc. mesti prmpuan yg cacat ni taktau pasal ni. ape2 pun. i seriously know how u feel. tapi malas nak tulis dlm blog.just want to let it out here. sorry for the long comment! x0x0

    ReplyDelete
  10. i am rinie,
    she's mother-who-know-everything lah. hahahaha. sekarang baru dia jumpa buku dengan ruas. yes, mmg dia dah sorie. tp kita bukan bodo. boleh kenal say sorie dengan ikhlas atau tidak. even dia dah sorie pun rasanya tak ramai yang kesian dengan dia. sebab dah ramai yang terlalu geram dengan dia. sampaikan my fren kuar stetmen ''kesian aku cacat''. hahahahaha.

    ReplyDelete
  11. baca post dari dia menyirap darah aku...suka ati dia aje ckp tade susu badan tu cacat...ko baru BF anak tak smpai 6bulan dah nak berlagak...sedar lah diri tu sikit...tu sume kehendak Allah...kalo dia nk tarik balik bila2 masa je dia leh tarik...time tu ko nk meratap, merayu pon dah tak guna lagi dah...time tu baru ko tau betapa sedihnya nk bagi anak susu FM...ko igt sume ibu nk bg anak susu FM ke? aku sendiri menangis bila hari ke2 anak aku menangis nk susu tp susu tak kua...tp aku usaha jugak sbb aku mmg tak bape suka anak FM...tp smapai jugak aku BF umo 2y3m...ko tak payah nk kata cacat ke apa ke kat org yg tak leh susukan ank...dah bukan rezeki dia...syukur lah sikit dgn nikmat yg Allah bg kat ko tu...

    ReplyDelete
  12. dia memang takder otak.
    follow mw back larling

    ReplyDelete
  13. follow u.. :) follow me back..

    http://amiinazrin.blogspot.com

    ReplyDelete