Friday, May 20, 2011

APA MASALAH KAU KALAU AKU LEPAK MAKAN DENGAN DIA?

jumaat yang panas. membara-bara!

kat ofis, aku baik dengan sorang staff laki ni, leman. baik yang bermaksud, boleh bergurau, boleh berbual. apa-apa topik. oouuh, ya. sebelum tu aku perkenalkan dulu serba sedikit pasal leman ni.

dah berkhawin. BELUM ADA ANAK. kenapa aku huruf besarkan perkataan tu? baca sampai habis dulu.

aku kenal isteri leman. isteri leman kenal aku. kenal disini bermaksud, aku pernah jumpa isteri dia. syakirah namanya. jumpa, berbual. berbual, berbual. leman buat open house aku datang. aku bersalin, leman dengan isteri datang tengok aku. aku buat kenduri, leman dengan isteri datang umah aku. incek suami aku kenal leman. leman kenal incek suami aku. berbual. memang kalau jumpa kat mana-mana, aku tingalkan je incek suami dengan leman. dan aku berbual dengan isteri leman.

time berbual dengan leman, bila rasa aku nak maki leman, aku maki. bodoh, bangang, celaka memang leman selalu kena dengan aku. kalau aku rasa nak sepak leman, aku sepak je. semalam aku campak selipar aku kat leman.

okeh. dah nampak situasi aku dengan leman?

dekat ofis, kadang-kadang aku makan dengan leman. kalau makan kat bawah (kantin), selalunya beramai-ramai. ada abang mamat, ada abang imran, ada fizam. dan incek suami aku kenal semua nama-nama yang aku sebut. get it?

pagi tadi, aku ajak leman makan roti canai kat RnR depan ofis aku ni. abang imran taknak ikot. fine. aku pergi berdua dengan leman. mungkin korang akan kata aku salah. aku yang gatal.

bila dah balik lepas makan, aku dapat satu sumber

"ada orang kata, patut lah leman tak dapat anak sampai sekarang"

"huh???? kenapa pulak?"

"sebab diorang kata, main (bersama) dengan isteri dia, tapi terbayang muka orang lain"


kau siapa nak tentukan orang tu tak dapat anak pasal apa???? sumpah aku menaip ni sambil tangan menggigil. aku baru je lepas borak dengan leman pasal rezeki, pasal anak, pasal duit tak cukup. aku tau situasi yang isteri dia tak kerja. leman sorang je yang ada sumber pendapatan. dan aku nasihatkan kat leman, suruh dia fikir positif, mungkin sebab ni lah Tuhan belum nak bagi rezeki anak kat kau. aku suruh leman bayangkan macam mana kalau kau ada anak nanti? leman jawab. mau aku tak duduk rumah. cari je mana-mana kerja yang boleh buat. kfc ke. pizza ke. mana-mana je lah. sekarang ni pun leman amik upah potong rumput rumah orang untuk tambah pendapatan. dia tengah fikir macam mana nak cari duit lebih. dia nak belikan isteri dia mesin jahit.

dan kau! sesedap mulut je kata dia tak dapat anak lagi sebab masa dia bersama dengan isteri dia terbayang muka perempuan lain. kau nak kata aku kan? kau nak kutuk aku sebab selalu lepak makan dengan leman kan?

kau taknak mengata aku tumpang kereta abang mamat masa game badminton hari tu ke?

tiap kali aku lepak dengan leman atau dengan yang lain, bapak aku sure nampak. sure. dan memang konfem akan nampak. sebab bapak aku ada duduk makan sekali kat kantin tu. kadang depan meja kitorang. kadang belakang meja kitorang. yang memang dah sah-sah bapak aku akan nampak jelas dan terang aku lepak dengan diorang. dan selalunya diorang akan borak sekali dengan bapak aku. and for your info ladies, bapak aku tak pernah cakap apa-apa.

bapak aku garang. bukan. maksud aku, kalau benda-benda yang dia rasa memang tak betul, dia akan sound je. sound direct. kalau dia tak suka, dia akan cakap. even sampai aku dah kawin ni sekalipun, kalau dia rasa tak suka dengan baju yang aku pakai, dia akan sound. aku baik lambat lepak rumah member, dia akan sound.

so apa masalah kau kalau aku lepak makan dengan leman ke, abang mamat ke, fizam ke.. abang imran ke. kenapa? apa masalah kau?

ada sekali hari tu, budak kantin kat bawah tu tanya aku, "akak dengan abang leman tu skandal ke?" aku terkedu kejap. tapi lepas tu aku gelak besar-besar. aku belum bodoh dan bangang lagi sampai nak skandal-skandal. aku masih ada akal lagi. masih waras. aku tau batas aku, walaupun aku pergi makan dengan dia. aku cerita kat suami aku apa yang orang cakap. dia gelak. dan biarkan je apa orang nak cakap.

dulu. orang kata suami aku. percaya ke suami dok jauh-jauh kat sana? ye ke dia tido rumah nenek dia? ke dia tido rumah janda mana ntah.

ini dugaan suami isteri yang berjauhan kan?

fine. maybe aku salah sebab aku sebagai isteri orang, keluar makan dengan suami orang. sampai menimbulkan fitnah.

tapi yang aku hangin dan panas sekarang ni,

KENAPA KAU MESTI CAKAP LEMAN SAMPAI SEKARANG TAK DAPAT ANAK SEBAB MASA BERSAMA DENGAN ISTERI DIA TERBAYANGKAN MUKA PEREMPUAN LAIN?


sumpah aku taktau nak sambung taip apa.

ouuhh.. ya. aku takde no fon leman.


*UPDATE!

- did i mention, orang yang mengata aku ni ade kaitan sedara mara? ala-ala bau2 bacang. nak mengaku sedara ke tak ni?

13 comments:

  1. akak boleh tak nak cakap org yang kata mcm tue bangang!!!

    sebab apa bangang!! sebab dia ada otak tapi tak dak akai..

    lagi satu sebab apa dia bangang, ada mulut boleh tanya hal sebenaq sebelum tuduh yang bukan2, tapi tak digunakan dengan cara yang betul,

    lagi bertambah bangang ada mulut, tapi cakap benda yang tak betul dan boleh diketegorikan fitnah..

    ish..ish..memang bangang orang tue..

    ReplyDelete
  2. wanna,
    tak perlu tanya perkara sebenar pun takpe ekceli. takde ape yg nak ditanyakan. diorang tau kitorang takde pape. tapi mmg dah nama pun niat nak mengata, nak mengumpat, saja nak buat citer panas. tu pasal jadi camtu.

    ReplyDelete
  3. Weh klakor pun ade. Die ala2 mcm pak nujum ar. Predict2 orang. Ko suruh dia jd bomoh jekla. Hahahahahah bodoh gila ckp cmtuh. Xdpt anak sbb masa bersama isteri, terbyg org lain? Nih 1st time aku dgr. Mazhab mane kwn ko tuh?

    ReplyDelete
  4. tot,
    ntah. aku dah naik muak dengan manusia macam ni.

    ReplyDelete
  5. "memang kalau jumpa kat mana-mana, aku tingalkan je incek suami dengan leman. dan aku berbual dengan isteri leman."

    dari ayat ko yg atas tu pun aku tau ko bukan spesis miang dik.. cara yang ko buat tu mmng sangat betul. even kita kwn dgn si lelaki tp bila bini dia ada silalah berbual dgn bini dia..

    so, takde point diorang nak ckp ko menggatal ok?
    tapi siriyes.. ayat sedara bau2 bacang ko tu sangat berbau bangkai.. jahat gila mulut!!!

    ReplyDelete
  6. mesti pompuan yg kata ko tu otak dia kat lutut tak pun kat bontot. bangang lah. aku mmg emo ngan org yg mulut longkang mcm tu.huh!

    ReplyDelete
  7. kak wos,
    see.. orang yang jauh kedaung, tak pernah jumpa pun boleh paham. ni yang hari2 depan mata, tak paham2 bahasa. memang sengaja nak buat cerita panas kan?


    aim-a,
    biarlah dia cari sndri kat mana dia letak otak dia.

    ReplyDelete
  8. akak,baik akak gi sound direct kat ppuan tuh..kurang ajar betul cakap macam tu.yang tukang cakap tu ahli nujum ke sampai boleh kata leman x dapat anak sebab tu? bodoh gila!!..gi cili je mulut jahat ade saka mulut longkang cenggitu..bagi pelempang pon bagos kak,kasi bisu terus...

    ReplyDelete
  9. zie,
    takpe. biarkan. akak tungu sikit je lagi. sumbu pun dah pendek dah ni. kalau ade rasa gegar2 tu, paham2 je lah.

    ReplyDelete
  10. nak komen membina ke komen yang membuat kita sesama berdosa?

    hehehehe

    kak nowa macam bagus kan?
    gini lah dik, bila kita dengar semua semua itu,kita rasa sakit hati, bila kita sakit hati, minda kita terganggu, bila kita terganggu, mulut kita jadi jahat..tapi sedarkah kita, bila kita biarkan shaitan menguasai diri, dosa bertimpa timpa datang..

    cukuplah sedara ko sorang tu jadik setan, kita jgn ikut jadik setan cam dia..

    kalu nak ikut mulut orang, memang tak bleh tutup nye lah...anggap je orang tu jeles sebab kita masih dapat perhatian lelaki, sedangkan muka dia kertu tahap lelaki takmo pandang.....

    hokey?

    ReplyDelete
  11. kak geli,
    fuuuuuuhhhhhhhh.. bagaikan mendapat satu semangat yang baru. lepas segala rasa.maseh.

    ReplyDelete
  12. bodohnyer orang yg cakap tu.....
    tak per... hidup ni bagai pusingan roda.. bukan kite nak doakan.. but... takut terkene kat batang idung dia jer.. atau dia ader buat benda yg same kot... tak per... tak per..... banyak pahala dia awok dapat... tahniah..

    ReplyDelete
  13. ayang,
    sesungguhnya saya dah taktau nak cakap ape lagi pasal manusia macam ni. ya, memang tak doakan. tapi Allah tu maha adil kan? :)

    ReplyDelete