Friday, May 27, 2011

apa yang aku dapat?

hari jumaat rehat lama-lama mari kita balik rumah.

balik rumah buat ape? tido? masak? kemas rumah? kemas bilik?

tak..tak..bukan. ehh, kemas bilik tu kadang-kadang. yelah, kekadang tu kan pagi-pagi nak pergi kerja tingalkan bilik dalam keadaan yang lintang pukang. sila imejin sendiri bagaiman lintang pukangnya bilik ku. kata laki nak balik jumaat petang kan, harussssss lah bilik dalam keadaan yang cantek, mangi-mangi, bersih-bersih. nak sambut laki katakan.. kan? kan?

tapi... hari ni aku balik rumah sebab nak layan drama nora elena yang ketinggalan semalam. sambil update entry ni pun aku dok ulang-ulang dengar OST nora elena. sofaz - dan bila esok. perrrgghh.. gila feeling. terus sampai ke hati yang paling hujung. amacam? cukup jiwang?

haaaaaaa.. ni yang nak cerita ni kenapa ketinggalan.

al-kisah.. adam masuk wad lagi semalam. malasnya nak cerita detail.. malasnya.. malasnya. camne ni?

aku ringkas-ringkas je buleh tak? dah malas nak kenang.

rabu petang, balik kerja macam biasa, amik adam kat rumah babysitter. sebelum tu, tengahari tu aku ade call babysitter, tanyakan macam mana keadaan adam. makcik kata dia ok je, tengah tido. then bila amik adam petang tu, aku tengok adam nafas dah lain macam. laju. bunyik-bunyik. aku tengok setiap kali dia tarik nafas, leher dia akan ke dalam sikit. then perot adam pun gelombang-gelombang. paham tak? nafas dia bunyik jangan cakap lah. kuat gila. aku dah cuak dah ni. last adam kena dulu hujung bulan januari. sejak dari hari tu, aku memang jaga dia betul. tapi kena jugak lagi sekali.

dah lah ayah adam jauh.... :-(


balik rumah dulu. buatkan bekal susu adam. pergi klinik. mak aku dah gesa-gesa suruh pergi hospital dah. aku degil. tau konfem dah kena warded punya.

pergi klinik. amik nebulizer. adam melalak tak hengat punya. rimas agaknya. then doctor try bagi ubat. stay 10minit nak tengok ubat tu berkesan atau tak. jawapannya TIDAK. doctor bagi surat refer ke hospital. blleerrgghhhh...

dekat hospital. check adam. buat x-ray. amik darah. semuanya adam melalak.

pukul 845 malam. ayah adam sampai. amazingly, adam ketawa mengekek-ngekek dengan ayah dia. sampai semua nurse datang dan tegur ''amboi..seronoknya dia ketawa. sakit ke tak sakit ni?'' hahaha. dengan ayah, dia tak sakit.

dapat keputusan x-ray, keputusan darah. konfem warded.

dan aku masih berbaju kurung. sampai lah ke pukul 12 tengah malam. pukul 12 malam tu jugak ayah adam baru datang balik kat hospital hantar segala barang aku dengan adam.

adam kena amik nebulizer setiap 3jam.. 3 jam pertama ubat lain, 3 jenis ubat. 3jam berikut sedut nebulizer ubat 2 jenis. selang seli setiap 3 jam. first neb pukul 10 malam. next pkul 1 pagi. next lagi pukul 4 pagi. pukul 4 pagi tu aku lajak sampai pukul 5. letih sesangat sampai tak sedar pape dah. adam takmo tido. panjat sana. panjat sini.

ini neb yang ke berapa ntah tak ingat.. ke 3 ke ke 4 ehh? dalam around pukul 8 pagi. separuh jalan neb dia mamai. terus lelap. letak adam atas katil. aku amik cam tido alas kepala dengan bantal, landing kat katil adam. tau-tau je, ''kak.. bangun. baby dah bangun tu'' haaa.. hamek kau. adam dah siap merangkak. setengah jam je weeehhh adam tido tu.

ni lah budak sakit tu.. time doctor nak check, time tu lah adam tengah sebok panjat bantal nak capai ape benda ntah atas kepala katil dia tu. sampai doctor tanya '' haiyaaaa.. ini sakit ke tak ni?''

pagi tu lagi sekali adam kena amik darah. nak comparekan darah malam hari tu dengan pagi punya. nak tengok ada perubahan atau tak.

dada clear.. ehh, maksudnya takde bunyik-bunyik lagi dah. darah pun ok. okeh, boleh discharge. yeaaaayyyy..! tapi nak dicharge je dah amik masa dalam 3jam. berjeman (berzaman) nak tunggu.

sampai rumah dalam pukul 6 lebih. mandikan adam. bagi ayah adam makan dulu. then turn aku pulak nak mandi.

''ayah.. lepas mandi ni ibu nak tido terus tau''

dan memang aku tido terus sampai ke pukul 5 pagi. 3 beranak tido sama. balas dendam namanya. bangun pukul 5 sebab ayah adam nak pergi kerja, aku nak masak bubur adam untuk bekal rumah makcik. siapkan bekal baju dia. memang tido all out malam tadi. ni pun ada rasa letih ngantok tak cukup tido lagi ni.


masa dalam wad, ada budak kecik india depan katil adam ni sangat aktif.. banyak cakap pun ye jugak. akak sebelah katil adam tu tanya aku '' kau tau kenapa dia masuk wad dik?

'' kenapa kak?''

'' dia minum clorox''

woooaaaahhh.. dah kenapa kau minum clorox? tapi sumpah budak tu aktif semacam. ramah gila. serius banyak mulut. ayah adam kata ''yelah.. senang hati lah perot dah cuci bersih''

katil depan sebelah kanan adam pulak, baby baru umur sebulan lebih agaknya kot. masuk wad sebab muntah-muntah dengan berak-berak. all the time baby tu nangis je. kesian. tak sampai hati tengok.

tadi kat atas bukan kata malas nak cerita detail-detail ke? tapi ni gaya macam dah telebih detail je ni.

7 comments:

  1. tak tau nak komen apa sebenaqnya..tapi cuma nak cakap.. alhamdulillah adam dah sehat..

    dan doakan adam sentiasa sehat..

    ReplyDelete
  2. wanna,
    :) thanx. pun taktau nak reply komen ape. hahahaha.

    ReplyDelete
  3. siap g cite pasal budak minum clorox lagi..hehe

    kesian adam..semput eh..get well soon sayang..

    ReplyDelete
  4. umur berapa pulak yg minum klorox tu nim...?

    alahai...



    .

    ReplyDelete
  5. zie,
    tu lah.. dah terlebih detail dah ni. hehehe. anyway, thanx zie!


    kak tas,
    kan kak? macam dah takde menda lain nak minum. hahaha. errmm, dalam lingkungan 5tahun rasanya.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah dah sehat.

    rindu saya la tu lama sangat tak tengok dia. keh keh keh.

    sayang adam!

    ReplyDelete
  7. macha,
    hehehe.. alhamdulillah. tapi lasak kemain lagi weeeehhhhh.

    ReplyDelete