Monday, May 9, 2011

istimewa hari ibu.

hari ini kita nak bercerita mengenai apa? hari ibu? sana sini belog, facebook, twitter penuh dengan ucapan selamat hari ibu. sampailah salah sorang kawan aku post sumthing kat wall facebook aku. ucap selamat hari ibu. dan baru aku tersedar, AKU JUGA SEORANG IBU. haha.

aku selalu merasakan yang aku masih budak-budak. masih tidak layak lagi menerima ucapan yang sebegitu mulia.

untuk Puan Rosnah.. ini yang baru aku sms.

"mak.. anim takde banyak duit nak belikan hadiah yang mahal-mahal, bawak mak pegi makan tempat yang sedap-sedap untuk birthday dan celebrate mothers day. tapi anim nak mak tau, anim sayangkan mak. seluruh hati anim sayangkan mak. mak segalanya. anim hanya mampu doakan mak sentiasa sehat, rezeki mak melimpah ruah. anim sayang mak. anim sayang mak. anim sayang mak"

sambil taip sms, sambil air mata mencurah-curah. haha.

untuk diri aku sendiri, juga tiada apa yang istimewa. ehh, ada! incek suami dengan baik hatinya menawarkan diri untuk memotongkan kuku kaki aku. haha. ingatkan masa time pregnant je dulu dapat manja-manja macam tu. rupanya sekarang pun dapat lagi. actually aku rasa incek suami menggelabah kot. sebabnya aku ada tanya dia '' tak wish selamat hari ibu untuk ibu pun?"
haha. terus dia jawab '' ehh.. taklah. ayah sayang ibu. hari-hari pun hari ibu.'' sungguh jawapan menggelabah kan? haha. suka usik dia camtu. suka buat dia rasa serba salah. lagi satu sebab sebelum kejadian potong kuku tu aku tengah masak bubur adam. incek suami konon nak tolong. incek suami tolong kopekkan ikan bilis. tengah buat tu, adam terjaga, merengek. incek suami yang pergi terjah dulu. dan terus melekat dalam bilik sampai bubur sudah masak.

haha. anda seorang suami yang baik. love u.

bercerita tentang incek suami. sabtu malam hari tu, kami bersengkang mata hingga ke jam 4.30 pagi. sanggup tahan mata semata-mata nak layankan aku main game. aku mula, level 1 sampai 3 lets say, incek suami yang akan tolong sambungkan. sebab aku cuak order dah terlampau banyak. haha. ehh, kami main game ranch rush. sila google. haha.

subuh-subuh tadi, incek suami dah gerak balik ke batu pahat. berjauhan lagi. hingga hari jumaat.

10 comments:

  1. nama mak kita sama la!
    tapi Puan Rosnah awak tu garang tak?

    ReplyDelete
  2. kak wos,
    hahaha.. laju nau komen. baru nak edit sket lagi. haha. garang! sumpah dulu mak garang. libas pakai hanger besi selamba je. cubit sampai bertanda. cakap ape je yang tak pernah kena? haha.

    ReplyDelete
  3. kak wos lagi,
    anim tak dapat nak komen entry akak.. tungu lunch hour nanti. kot kalau kotak komen akak sekali dengan entry, bolehlah anim komen. hehehe.

    ReplyDelete
  4. selamat hari ibu nim...
    :)




    ehhh...sok bos balik...aku plak bleh manja2 kan hihihi

    ReplyDelete
  5. kak mimi,
    selamat hari ibu! hehe. sila. sila. manja2 itu seronok! kekeke.

    ReplyDelete
  6. Alaaaa bestnyeeee!! Bile lg nak manja2 mcm gitu kan? Hehe :)

    ReplyDelete
  7. kak nem,
    macam lambat je wish kan? ahh ada aku kesah! anyway Selamat Hari Ibu.. :)

    ReplyDelete
  8. zurin,
    wish je? hadiah mana? hadiaaaaaaaaaaaaahhh?? hahaha. thanx darling.

    ReplyDelete
  9. copy ayat bulehh??

    ""kak nem.. zurin takde banyak duit nak belikan hadiah yang mahal-mahal, bawak kak nem pegi makan tempat yang sedap-sedap untuk birthday dan celebrate mothers day.. hanya mampu wish je.." :P

    ReplyDelete