Friday, May 20, 2011

macam mana gua handle adam..

berapa bulan lagi sampai bulan ramadhan? 2 bulan lebih-lebih sikit kan?

gua ada hutang 21 hari lagi. ada volunteer kat sini?

actually sebulan penuh. dah nama pun bersalin ngam2 start ramadhan. dah setlekan seminggu hari tu. ni balance 21 hari lah ni. jenuh nak ngabihkannya.

itu pun incek suami yang dok tanya bila nak ganti puasa. terus terjaga dari lamunan kaaauuu. terus pasang niat ''ahhh... khamis ni lah start ganti balik''. jadi, berpuasa lah gua pada hari khamis. tapi macam yakin tak yakin je lah kan. atau lebih tepat lagi, tak percayakan diri sendiri. harharhar.

perasaan berkobar-kobar jangan cakap lah.. semangat ni. siap pesan kat incek suami, khamis subuh nak pegi kejer tu kejut, nak sahur ni. incek suami kejut. gua sahur oat. semata-mata. gila kentang lah kan baru start nak puasa balik sahur oat je. ntah kang pukul 9 pagi dah masuk waktu berbuka ke silap kang.

tapi, gua tau gua tabah. cekal. dan gagah. gua mampu bertahan sampai lah ke azan maghrib. sila bangga dengan gua. kena bangga, sebab masa kat ofis tadi, relax je bos gua hulur kek lapis ke gua. goyang tak goyang lah kan. dah siap-siap bukak tupperware depan gua. bau harum semerbak weeeeehhh. tapi, lagi sekali gua kata. gua tabah. cekal. dan gagah. mampu menepis segala godaaaaaaaaaaan.

ni dah nak time berbuka puasa, takde orang kat ruma
h pulak. camne aku nak makan ni kang? camne adam? camne handle makan sambil handle adam? camne weeehh? adam tido ni haaa. tapi dia tido konfem tak lama. jap2 lagi ni konfem jaga dah. camne ni kang?

panaskan bubur adam laju-laju. siapkan pinggan gua nak makan. cun-cun bubur adam siap panaskan, dia bangun. gua dah kata. jap lagi azan dah ni. gua angkut adam. gua kasik dia duduk dalam ini tempat.

gua kasik dia umpan buku ke.. mainan2 ke.

dok diam kat situ sampai ibu habis makan ye sayang?


dan beliau memang dok diam kat situ sampai gua habis makan. bagus. tapi gua makan secara laju jugak lah. gua takut dia jerit je. lepas habis makan, gua sambung suap adam bubur plak.

pphhheeeeewww....!

2 comments:

  1. aku percaya, sebagai anak yg sulong memang tabah. macam aku.

    ReplyDelete
  2. malin,
    ececehhh.. kekeke. yelah, kita sama-sama tabah. hahaha.

    ReplyDelete