Friday, June 24, 2011

ganjaran

lepas dah cerita perasaan semasa mengandung, sekarang nak cerita perasaan dan keadaan selepas bersalin.

bukan cerita dalam pantang.

tapi cerita selepas-selepas dah ada adam.

masa mengandung. aku tak pernah fikir atau tak terfikir yang adam akan jadi kesayangan family aku. sebab apa? sebab parents aku tak pernah tunjuk yang diorang excited tunggu aku bersalin. never. semua relax je.

bila tiba hari aku nak bersalin, aku pergi senyap-senyap. sebab waktu subuh.

dan apa yang aku fikir selama ni, berubah automatik selepas aku bersalin.

semua rebutkan adam. semua sibukkan adam. dan yang paling terkejutkan aku sekali adalah bapak aku. iya. sangat terkejut. bapak aku yang the only person tak pernah tanya dan ambil tahu pasal aku. maksudnya, dia tak pernah tunjuk perasaan excited dia.

sekarang, adam dia punya. haha. sanggup mop lantai rumah hari-hari sebab taknak adam merangkak dalam rumah dengan keadaan lantai berhabuk. sanggup lap palang-palang pagar rumah (satu-satu) sebab adam nak round naik walker. dan juga lantai kat depan rumah. semua untuk adam.

adam tumpahkan air atau makanan "takpe..takpe.bapak lap''

amazing. cuba aku atau adik-adik yang buat. haaa.. naya! memang kena lap sendiri. jadi, mari kita gunakan adam! haha. apa pun yang tumpah ''adam yang tumpahkan" haha. mak pun dah pandai sound ''pandai ehh guna nama adam''

setiap malam, bapak akan ''pinjam'' adam. bawak masuk bilik, layan adam. bawak segala mainan adam. bola. kereta. buku-buku. mak panggil makan pun kata nanti. pernah sekali, dah amik pinggan pun letak atas meja. tapi pergi kat ruang tamu layan adam. ''bapak nak makan, makan lah dulu.jap lagi anim nak masak bubur adam'' bapak jawab ''takpe.. takpe. pergi masak bubur dia''

ini rutin bapak setiap pagi. siap cepat-cepat, panaskan enjin kereta, terus ambil adam pergi luar tunjuk bird. haha. tunjuk kereta lalu. tunjuk motor lalu.

boleh nampak apa bapak buat? tak berhenti terus-terus cium adam.

ini pemandangan yang paling indah setiap pagi. bapak takkan pernah miss untuk bawak adam tengok kereta lalu lalang. haha!

emak? pun sama. setiap masa nak jengah adam. bangun pagi pisat-pisat jengah adam. tengah-tengah malam, curi-curi bukak pintu jengah adam. dah lambat nak pergi kerja tengah iron baju, pun masih nak jengah agah-agah adam lagi. lepas tu cakap ''caaakk..caakk..semua kerja tak jadi'' dan selalu cakap ''ni budak kenit ni.. sayang dia ni'' oouuhh ya, selepas adegan bapak bawak adam tengok kereta lalu, bapak akan bagi adam dekat emak duduk seat belakang. ibu kat depan kalau nak cakap-cakap dengan adam kena pusingkan badan ke belakang. T_T tapi tak apa! sebab saya tau, semua orang sayang adam.

percaya atau tidak. adik lelaki aku umur 15 tahun yang kaki dia tau sepak bola je, pun pandai tidurkan adam. pada ketika aku lihat sendiri saat-saat manis ni, sumpah mata dah kaca-kaca tahan nangis. tak sangka, adam lahir penuh dan kaya dengan kasih sayang.

adik lelaki no.3, yang hati keras tak pernah tunjuk kasih sayang, tiba-tiba jadi seorang yang sukakan baby. setiap masa tanyakan adam. bangun pagi nak pergi kerja, mata pisat-pisat, jalan huyung hayang, cari adam dulu. walaupun adam tidur dalam playpen, dia akan duduk perhatikan je adam tidur. damn! tulis ni pun rasa nak nangis. paling tidak, dia akan usik-usik pipi adam. tapi bila adam berak, dia orang pertama yang akan lari jauh-jauh. terus taknak dukung adam. haha!

adik no.2 jangan cakap lah.. hingus adam pun dia sedut pakai mulut dia sendiri. sila percaya. taik hidung adam dia yang bersihkan. ''aku nak pergi mydin kejap beli susu dengan pampers adam. ko jagakan sekejap boleh?" adik jawab ''pergilah.. lama pun takpe''

nenek yang tangan gigil-gigil pun sedaya upaya nak dukung, cium-cium, gomol-gomol adam. sayangnya arwah atuk dah tak ada. ;(

tak perlu hadiah yang mahal-mahal untuk adam. cukup dengan kasih sayang yang korang bagi.

terima kasih.

1 comment:

  1. cucu sulung nim :)
    mcm syira dulu....siap aku kecik hati payah na nak pegang dia sebab semua nak pegang nak layan hahaha...

    tp sebenarnya kita bersyukur kan sebab anak2 kita org sayang

    ReplyDelete