Wednesday, June 22, 2011

pengakuan ikhlas dan jujur.

hari ni rasa macam nak bocorkan rahsia lah.

rahsia apa yang aku rasa masa mula-mula dapat tau aku pregnant.

tarikh kawin aku 7 november. last period 21 oktober. which is kalau dikira-kira, tarikh aku kawin itu lah tarikh subur aku.

3 minggu lepas kawin, aku tak period. okeh. hati debar-debar. nervous. tapi tidak mengharap apa-apa. sengaja lewatkan seminggu. masih tidak period.

incek suami nak pulang. tanya dia ''berani beli pregnancy test?'' incek suami sudah excited? aku? masih tidak rasa apa-apa.

malam. masa mandi. test. 2 line!

dan bermula dari situ lah perasaan bercampur baur. lebih kepada nak menangis. bukan kerana gembira. aku sendiri tak tau kenapa mesti aku menangis. takut mungkin. dalam hati lebih kata 'aku belum ready!'. padahal, sebelum kawin aku sangat-sangat excited untuk pregnant. mungkin dah rasa bestnya hidup berdua dengan suami. belum puas.

bila aku tunjukkan result pregnancy test kat incek suami, dia terus peluk dan cium aku bertalu-talu. aku hanya mampu diam je. diam. senyum. tapi tak manis. menangis. kerana takut. belum puas nak ngendeng2 dengan suami. impian aku nak berjalan merata tempat berdua dengan suami belum tercapai. macam mana ni? macam mana?

kadang-kadang datang rasa happy sangat.. kadang-kadang rasa stress sampai satu tahap rasa nak abort kan saje! sesungguhnya itu yang aku rasa. stress dengan keadaan yang tak boleh bau makanan. stress dengan sakit pinggang. stress dengan pening dan mabuk. dan yang paling stress, ade orang pesan macam-macam. itu tak boleh. ini tak boleh. pergi sana tak boleh. pergi sini tak boleh. stress sebab kebebasan aku nak bergerak tersekat. stress tak boleh makan itu. stress tak boleh makan ini. aku jadi sangat-sangat pemarah.

aku jadi benci dekat incek suami. benci yang teramat sangat. sebab dia lah punca aku jadi macam ni. haha!

aku benci nak tengok muka dia. benci nak bercakap dengan dia kat telefon. benci nak reply sms dia. sesungguhnya aku banyak dosa masa awal-awal pregnant. tapi incek suami kental. dia buat pekak je bila aku marah-marah dia, dia buat taktau je bila aku tinggi suara. lagi aku kata jangan balik rumah, aku benci tengok muka kau. lagi dia balik tunjukkan muka dia depan aku.

aku jadi sangat memberontak. bila makcik incek suami larang aku pergi sesuatu tempat tu, aku mengamuk. aku stress terlampau sangat. semua tak boleh. aku persoalkan kenapa mengandung ni menyusahkan? nak buat semua benda dilarang. aku tersekat. nak pergi jalan jauh, macam-macam benda kena fikir. selamat ke kandungan aku kalau jalan jauh-jauh? bila decide tak pergi, terus moody. terus marah-marah. menangis hampir setiap malam sebab rasa pregnant ni menyusahkan.

dan saat pertama kali aku rasa baby bergerak dalam perut, semua rasa marah, benci, takut hilang! amazing. miracle. itu kuasa Allah. terus rasa tak sabar nak tengok muka baby. terus main teka-teka dengan incek suami baby girl atau baby boy. berebut! haha.

bila adam lahir. seluruh kasih sayang, hati aku semua untuk adam. semua. kalau dulu benci, marah. tapi bila tengok muka adam pertama kali, aku menangis. kali ni menangis gembira! terus simpan dalam hati, aku sanggup tukar nyawa aku demi adam. biar aku yang sakit, demam. bukan adam. aku nak terus tengok dia senyum. ketawa. tiap-tiap hari tunggu jam 5 petang nak balik kerja cepat-cepat. dan kesekian kalinya mulut aku akan cakap ''kalaulah gaji incek suami rm10k, sekarang jugak aku berhenti kerja.'' aku nak tengok adam setiap masa. aku nak tengok dia senyum. aku nak adam ada depan mata aku 24 jam tiap-tiap hari. taknak terlepas walau seminit pun. aku nak jadi orang pertama tengok dia pandai berjalan. aku nak jadi orang pertama dengar dia pandai bercakap. aku jadi kedekut untuk share adam dengan orang lain. haha.

dan sekarang, perasaan ingin mengandung lagi tu ada. tapi, nanti lah. nanti. haha! bagi kukuhkan dulu ekonomi rumahtangga. aku nak limpahkan kasih sayang sebanyak-banyaknya dekat adam. aku jadi ''kedekut'' untuk share sayang aku dengan adik adam nanti. haha. aku taknak tumpuan aku hilang dekat adam bila sibuk dengan baby baru nanti. aku nak tengok adam manja dengan aku. aku nak tengok bagaimana dia lari dapatkan aku untuk mengadu. aku nak beri perhatian dan tumpuan kat adam saja time tu. aku taknak adam rasa tersisih.

senyuman yang sentiasa buat aku rasa cair. marah mana pun, konfem cair.

adam zikri. yang dulunya aku benci. tapi sekarang, jangan berani usik anak aku. langkah mayat aku dulu.


11 comments:

  1. akak usik tak boleh ek?

    kalau peluk cium adam cam no plak??

    check hari tue dah peluk cium,adakah bakal mendapat pelempang..atau konpem tiket jdik menantu..hahahahahahah

    ReplyDelete
  2. wanna,
    ehh.. kena bayar lah kalau ciom adam. lupa plak akak nak bgtau hari tu.


    muahahahha. akak lagi suka yang korang semua sayang adam.

    ReplyDelete
  3. huhuhu memang cute pun bile adam senyum :)

    ReplyDelete
  4. ini gamba feveret gua. jatuh hati. nasib bek gua dah 25 tahun. cis! cis!

    ReplyDelete
  5. rapunzel,
    itu yang mahal tau. hehehe.


    myra,
    copy gambar ni. save dalam hati. hahaha.

    ReplyDelete
  6. aku nak culik adam bawak balik kj...ko gi keje kan??


    muahahahahaha

    ReplyDelete
  7. kak mimi,
    okeh.. kang anim call mintak wang tebusan rm15ratus juta. hahahahahaha - ketawa jahat!

    ReplyDelete
  8. Senyuman Adam tu memang boleh buat org cair.

    ReplyDelete
  9. azie,
    yup..! hehehe. tu yang hari2 tak sabar nak balik kerja jumpa dia.

    ReplyDelete
  10. hensemnya adamm..
    jgn bagi kat dak wanna yer nimm..

    kakaka~

    ReplyDelete
  11. kak wos,
    hensem kan? tengoklah mak dia.. wakakakaka.

    memang taknak bg pun.. kalau dia nak, bayar lah. rm150 ratusjuta.. hahaha.

    ReplyDelete