Tuesday, March 8, 2011

apa jadah tajuk ntah taktau nak letak..

wuuhuuuuu..berjenuh aku nak dapat turn untuk update blog. Kena rebut sungguh-sungguh. Rebut dengan emak yang mahu baca forum.. Kena rebut dengan adik yang mahu main counter strike. Rebut dengan adam yang mahu tarik henfon. Phewwwww..!

Ini pun lintas langsung dari atas katil..hero kecik sudah tido. Update ikot celah henfon. Ntah ape rupa. Nasib lah ye labu?

Ehh.. Saya ade perkataan baru!

Poyo-grapher :
maksudnya - seorang-mamat-yang-dok-gantung-camera-kat-leher-kejap2-ketik-tak-tentu-hala-pastu-buat2-sembur-bersihkan-habuk-depan-kawan-dia.

Aku jumpa mamat tu kat weding member aku..cehh.sangat poyo.kang kejap-kejap dia dok usha budak pompuan yang baru nak naik pastu cakap "aku amik gambar ko kang" sambil sengih2 perasan hensem.kendian budak pompuan tu gelak-gelak gedik sambil tutup muka dengan tangan. Sila bayangkan. Ada rasa nak lempang?

Oouuhh..hye kat member opis aku. Ikien. Ntah mana dia jumpa umah buruk aku ni pun taktau lah. Alih2 datang kat aku tanya kenapa dah lama tak update blog. Camni lah kin.. Apa kata ko suruh datuk ali jangan block blogspot kat opis. Nescayanya lah aku akan rajin update -kot. Hahaha.

Kat rumah nak update memang susah lah.. Dengan nak bersilat dengan adam lagi. Mana lah tangan aku ni nak tercapai. Ni pun kira ku gagahkan jua mataku dr terkatup. Ntah ape aku meraban agaknya.

Aku tulis balik ape yang aku post status kat fesbuk..

"biar pencuci muka yang abes..jangan susu anak yang abes!"

2 comments:

  1. Berebut ngan adek yang nak main CS.. macam kenal je adek dia tu.. Bahaya bagi dia main CS je.. tak ingat dunia!

    ReplyDelete
  2. aku pun agak susah dah nak update blog...T_T

    ReplyDelete